.: Bicara Ramadhan :.
بسم الله الرحمن الرحيم

ِِ
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT atas keizinannya, kita masih dipertemukan dengan penghulu segala bulan ini, Ramadhan Al-Mubarak. Marilah kita memperbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan kita yang tercinta, Rasulullah SAW dan para sahabat baginda serta seluruh ahli keluarga baginda.

Saya memohon maaf atas kesepian blog ini yang agak lama. Ramai teman-teman mula bertanya, "bila nak update blog ni? dah bersawang nampak". Aduh,ayat yang penuh makna ni. Saya terfikir sejenak, nak bagi alasan apa ni? Nak kata sibuk tu, ish.. orang lain lagi sibuk, sempat ja nak update. Akhirnya, saya menjawab, entahlah, malas kot. Simple kan jawapan ni, tapi cukup-cukup memalukan buat seorang insan yang sering mengaku diri sebagai pejuang Islam.

Ini dah cukup untuk membuktikan diri ini kurang bijak dalam mengatur masa dan urusan kehidupan ini. As-syahid Imam Hassan Al-Banna pun dah berpesan Al-waajibat aktharu min Al-awqaat. Jadinya, memang kita tidak boleh lari dari menjadi seorang yang pandai menyusun masa. Kadang-kadang terfikir juga, macam mana la nak bahagi masa ni? Jadual dah buat tapi memang tak berkesan langsung buat diriku ini. Reminder dalam handset pun tak jadi jugak. Akhirnya. dua tiga menjak ini saya dilanda kebisingan dalaman (internal noise). Inilah yang berlaku kepada diri saya.

Suka untuk saya refresh kembali sedikit ilmu yang saya perolehi dalam mata pelajaran Pembinaan Syakhsiah semasa di Nilam Puri dulu. Internal Noise ini satu jenis situasi yang akan dihadapi oleh mana-mana individu bila mana dia menghadapi masalah dalam menguruskan pemikiran dia, tapi tak sampai tahap hilang kewarasan la. Bila mana kita menghadapi masalah ini, otak kita akan bercelaru kerana terlalu memikirkan perkara tersebut sehingga ianya menjadi suatu yang dominan dalam pemikiran kita.

Inilah yang saya hadapi, saya tidak pasti adakah perkara ini turut berlaku kepada teman-teman yang lain. Apabila terlalu banyak perkara yang difikirkan,sehingga satu saat terasa bagai semua ini terlalu membebankan, saya hanya insan biasa, tidak mustahil segala perasaan ini melanda jiwa dan diri ini. Kita sering melaungkan kalimah "rela ditarbiyyah", namun saat tarbiyyah itu mula berbicara dengan kita, hati ini terlalu rapuh dan ampuh untuk menghadapinya.

Saya pernah berkata kepada seorang sahabat, penat menjadi insan yang menerima tarbiyyah ini, segala benda kita terpaksa mujahadah. Kadang-kadang terdetik juga, kosongnya jiwa ini, tak ada tarbiyyah. Lepas tu, mula la merungut, pimpinan tak mementingkan tarbiyyah dan macam-macam lagi lah. Saya yakin, kita semua mengetahui bahawa ini semua sifat-sifat yang tidak patut ada pada seorang ahli gerakan Islamkan? Saya pasti ada juga dalam kalangan kita yang pernah terfikir beginikan?

Sehinggalah,baru-baru ini, saya telah menemui jawapan kepada segala persoalan yang terlalu mendominasi minda dan fikiran saya ini. Segalanya bermula dari hati. Kenapa kita dipilih untuk ditarbiyyah? Kenapa kita perlu melalui proses-proses ini? Jawapannya mudah saja. Kerana ALLAH SWT telah memilih kita. Bahkan,seorang ustaz pernah berpesan kepada saya dan teman-teman, sesekali kita perlu bertanya kepada diri sendiri, "sebenarnya Allah nak aku jadi macam mana?" dan jawapannya hanya kita yang mampu menjawabnya kerana hanya kita dan Allah yang tahu sejauh mana kemampuan kita dan peribadi kita.

Satu pesanan dari seorang morabbi yang ana kagumi perwatakannya,beliau pernah berpesan, cukuplah kita meletakkan Allah itu yang pertama dan utama dalam kehidupan ini. Biarlah sesibuk mana pun kita bergerak kerja dan belajar tetapi ingat, tugas utama kita adalah sebagai seorang hamba. Andai sejauh bintang di langitpun kedudukanmu di dunia, tetapi kau tetap hamba abdi ALLAH. Jadilah pejuang berjiwa hamba. Tersentak hati kecil saya, mungkin inilah yang dicari selama ini. Tarbiyyah itu adalah kehidupan, bagaimana kita mencorakkan kehidupan seharian, itulah yang dinamakan tarbiyyah.Life is The Real of Tarbiyyah.

Sekadar perkongsian bersama, kita sering kali merungut tak sempat, tak cukup masa,masa cepat sangat...sebenarnya,semua ini kembali kepada kita. Pernahkah kita terfikir, berapa banyakkah masa yang kita luangkan untuk Sang Pencipta yang Maha Agung? Adakah segala gerak kerja kita selama ini benar-benar berpaksikan Allah & RasulNya? Kita sering berbicara bab aulawiyat antara meeting dan program,antara assigment dan usrah, tapi pernahkah kita terfikir untuk mengaulawiyatkan antara baca Al-Quran dan assigment? Semua ini hanya mampu dijawab oleh iman kita.

Last but not least, saya harap dengan sedikit perkongsian di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini dapatlah sama-sama kita memuhasabahkan diri kita kembali. Sejauh mana taqarrub kita dengan ALLAH SWT? Sebanyak mana ingatan kita buat Kekasih yang agung SAW? Justeru, saya menyeru kepada semua rakan-rakan dan teman-teman untuk sama-sama kita menjadikan Ramadhan ini sebagai Madrasah Tarbiyyah yang mana daiipadanya bisa lahir insan-insan yang mampu membina generasi muttaqin di masa hadapan. Ya Allah, Engkau tetapkanlah kami dalam perjuangan agamaMU ini. Ameen... Wallahu'alam.


Salam Ramadhan Kareem



.: WANITA TIN KOSONG ? :.

Antara Ahli panel jemputan :

1. Prof Madya Hj Md Izuddin Ali
atau lebih di kenali warga mahasiswa sebagai Prof Izi Hot FM

2. Puan Rosmawati Zainal
Pengerusi Raudatus Sakinah


dan yang terbaru, alhamdulillah kami telah cuba menjemput seorang personaliti TV, Farah Adeeba untuk datang memeriahkan lagi suasana. Menurut beliau, insyaAllah beliau akan datang sekiranya tugas beliau selesai awal pada hari tersebut.


Diskusi pada kali ini adalah anjuran daripada :




DENGAN KERJASAMA




HAL EHWAL WANITA & MAHASISWI
PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UNIVERSITI MALAYA

atau lebih dikenali sebagai :

HEWI PMIUM

Semua dijemput hadir beramai-ramai bagi memeriahkan lagi diskusi kita kali ini. Majlis ini terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama, tua atau muda, lelaki atau perempuan. Anda semua dialu-alukan!!! Jadi,tunggu apa lagi??? Jom kita gemparkan pentas Gazebo KPS UM nanti... kerana kita adalah wanita!


sumber : teman seperjuanganku

.: Untukmu TEMAN :.
Hembusan bayu yang bertiup
Bersama deruan ombak yang memukul pantai
Hatiku sayu
Bila mengenangkan perpisahan yang tiada diundang

Bertahun kita melangkah bersama
seia cita-cita buat bekalan ke sana
Harapan ayah bonda
Janji pada agama

Kitakan terus mara
Biarpun yang datang melanda

Kita hanya mampu berusaha
Hanya Allah menentukannya
Segalanya adalah milikNYA

Dalam berusaha kita diuji
Kekadang tohmah kita dicaci
Diturutkan rasa hati

Ingin dilepaskan beban ini

Mujur ada teman membantu
Sokonganmu buat inspirasi
Berpeganglah pada janji kita yang dibin
a

Semoga bersama kitakan dirahmati
Oh, teman...


Assalamualaikum,
Salam penuh kerinduan buat teman-teman seperjuangan yang penulis kira masing-masing pastinya sibuk dengan urusan masing. Entahlah, malam ini penulis mengambil sedikit waktu yang ada untuk menziarahi blog sahabat-sahabat sebagai pengubat rindu hati kecil ini. Hanya inilah wasilah yang penulis mampu gunakan kerana kekangan masa dan jarak yang ada telah membataskan pertemuan antara kita. Tiba-tiba,penulis teringatkan nasyid di atas yang penulis tujukan khas buat semua teman-teman yang mengenali penulis,tidak kiralah di bumi manapun kalian bertapak yang pastinya,kenangan bersama kalian senantiasa terpahat dalam memori.

Buat teman-teman di medan kampus,
Di saat dan detik ini terasa agak jauh dari kalian, walau berada dalam satu kampus, jarak,taklifan dan perbedaan masa antara kita telah berjaya membuatkan hati-hati kita saling menghargai ikatan yang telah terbina atas dasar aqidah dan perjuangan ini. Hanya blog menjadi pengubat dan medium untuk kita saling mengikuti perkembangan sesama kita. Bertemu hanya untuk urusan kerja,bermeeting seterusnya bersurai menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Aduh,hanya sempat bertanya khabar dan kelas sahaja, tiada lagi perkongsian hati. Namun,diri ini cuba memujuk hati yang terlalu merindui sahabat-sahabat ini, kerana perjuanganlah kita begini, jadi, percayalah Allah SWT pasti mendengar rintihan hati-hati hambaNya yang saling merindui kerana agamaNya ini.




Buat teman-teman maahadi,
Andai ada khilaf yang pernah diri ini lakukan, asif yang mampu penulis ungkapkan. Hadir kalian terlalu bermakna dalam lipatan tarbiyyah diri penulis yang dhoif ini. Antum dan antunna terlalu banyak mengajar diri penulis untuk mengenali dan memahami diri sendiri dalam menempuh mehnah dan ujian yang mendatang tanpa henti. Hanya ingatan dan doa yang mampu penulis kirimkan buat kalian yang berada di medan masing-masing. Sesungguhnya,penulis terlalu berbangga dikurniakan teman seperti kalian yang bisa gagah melangkah mendepani arus yang kian rakus melanda kita.Saat terpaksa meninggalkan bumi hijau maahadi lebih awal dari kalian, hati ini terlalu bimbang andai perpisahan yang tercipta ini akan terus memisahkan kita. Namun, Alhamdulillah, Allah masih memberi kita ruang dan peluang dengan nikmat kemodenan yang sedia ada ini,kita masih berpeluang untuk saling mengikuti perkembangan dan kondisi sahabat-sahabat lain.

Satu harapan penulis buat teman-teman seperjuangan,berdoalah...semoga kita semua tergolong dalam generasi yang telah dinantikan sejak berzaman-zaman lagi, generasi yang hadirnya ibarat tsunami yang bisa menggegar dan menggemparkan serta sarat membawa peringatan kepada dunia.Bersiap sedialah untuk mengisi kemenangan-kemenangan yang telah diraih dan bakal dimiliki.Biarlah hadir kita dirasai dan hilangnya kita dicari kerana kita reformis mahasiswa yang berani ke hadapan demi memastikan kebenaran akan tertegak di atas paksi yang sebenar.

"MAHASISWA JURUBICARA UMMAH"

.: warkah cinta dari DIA :.


Saat kau bangun pagi hari, AKU memandangmu dan berharap engkau akan
berbicara kepada KU, walaupun hanya sepatah kata meminta pendapatKU
atau bersyukur kepada KU atas sesuatu hal yang indah yang terjadi dalam hidupmu
hari ini atau kelmarin ......

Tetapi AKU melihat engkau begitu sibuk mempersiapkan diri untuk pergi bekerja .......
AKU kembali menanti saat engkau sedang bersiap,

AKU tahu akan ada sedikit waktu bagimu untuk berhenti dan menyapaKU, tetapi engkau terlalu sibuk .........

Disatu tempat, engkau duduk disebuah kursi selama lima belas minit tanpa melakukan apapun.

Kemudian AKU Melihat engkau menggeerakkan kakimu. AKU berfikir engkau akan
berbicara kepadaKU tetapi engkau berlari ke telephone dan menghubungi
seorang teman untuk mendengarkan khabar terbaru.

AKU melihatmu ketika engkau pergi bekerja dan AKU menanti dengan sabar sepanjang hari.

Dengan semua kegiatanmu AKU berfikir apakah engkau terlalu sibuk mengucapkan sesuatu kepadaKU?

Sebelum makan siang AKU melihatmu memandang sekeliling,

mungkin engkau merasa malu untuk berbicara kepadaKU,

itulah sebabnya mengapa engkau tidak menundukkan kepalamu.
Engkau memandang tiga atau empat meja sekitarmu dan melihat beberapa
temanmu berbicara dan menyebut namaKU dengan lembut sebelum menyantap
rezeki yang AKU berikan, tetapi engkau tidak melakukannya .......


Masih ada waktu yang tersisa dan AKU berharap engkau akan berbicara kepadaKU,

meskipun saat engkau pulang kerumah kelihatannya seakan-akan banyak hal yang harus kau
kerjakan.


Setelah tugasmu selesai, engkau menghadap ke laptopmu,

engkau menghabiskan banyak waktu setiap hari di depannya,
tanpa memikirkan apapun dan hanya leka dengan duniamu.

Kembali AKU menanti dengan sabar saat engkau menonton TV dan menikmati makananmu,

tetapi kau masih tidak berbicara kepadaKU .........
Saat tidur, KU pikir kau merasa terlalu lelah.
Setelah mengucapkan selamat malam kepada keluargamu,

kau langsung ke tempat tidur dan tertidur tanpa sepatah pun namaKU, kau sebut.

Engkau menyedari bahwa AKU selalu hadir untukmu.
AKU telah bersabar lebih lama dari yang kau sedari.
bahkan AKU yang mengajarkan bagaimana untukmu bersabar terhadap orang lain.
AKU sangat menyayangimu, setiap hari AKU menantikan sepatah kata, do'a, fikiran atau syukur dari hatimu.


Keesokan harinya ......

Engkau bangun kembali dan kembali AKU menanti dengan penuh kasih bahawa hari ini

kau akan memberi sedikit waktumu untukku ......

namun,tak juga kau menyapaKU.
Subuh ........ Zuhur ....... Asar .......... Maghrib ......... Isya dan Subuh kembali,


Kau masih tidak menghiraukan AKU
tak ada sepatah kata, tak ada seucap do'a, dan tak ada sedikit pun ingatanmu terhadapKU,

tak ada harapan dan keinginan untuk bersujud kepadaKU .........
Apa salahKU padamu ...... wahai UmmatKU?????
Rezeki yang KU limpahkan,

Kesihatan yang KU berikan,

Harta yang KU relakan,

Makanan yang KU hidangkan,

Anak-anak yang KU rahmatkan,
Apakah hal itu tidak membuatmu ingat kepadaKU???
Percayalah AKU selalu mengasihimu, dan AKU tetap berharap suatu saat
engkau akan menyapa KU, dan memohon perlindungan dari KU...RABBmu,



Daripada,

Yang sentiasa di sisimu.