.: Salam Kemenangan 1430H :.

Salam Eidilfitri dan salam kemenangan buat seluruh pengunjung blog yang sudi bertandang, xspecially buat mak dan abah tersayang, ( Ustaz Yusof & Cikgu Hamidah), adik-adik tercinta ( farhan @ aemad,faiz & farhah insyirah), seterusnya seluruh kaum kerabatku yang berada di seluruh Malaysia. Tidak dilupakan juga buat teman-teman & sahabat-sahabat seperjuangan yang kini berada di kampung halaman masing-masing bersama keluarga tercinta. Semoga kita bersama-sama mendapat barakah dan rahmat pada Syawal kali ini. Jadikanlah Ramadhan yang baru berlalu sebagai titik permulaan dalam segala kebaikan.
Walau langkah tak bertemu,
Tangan tak berjabat,
Ucap tak terdengar,
Mata tak bertatap,
Tapi izinkan hati memohon maaf,
Zahir & batin
"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"
####
Ramadhan...
Kehadiranmu ku nanti
Pemergianmu ku tangisi
Andai kita beramal semata-mata untuk Ramadhan
maka,ketahuilah yang Ramadhan telah meninggalkan kita
Namun,andai kita beramal kerana Allah setulusnya
Mudah-mudahan kita mendapat taqwa di sisi Allah.
####
For things I did wrong
For words which might hurt
For jokes U can't take it
and
For advise U can't accept
1001 apologies from me...(^_^)
Semoga lebaran kali ini lebih bermakna. Hargailah setiap detik yang kita tempuhi dalam kehidupan ini. Saling bermaaf-maafanlah sesama kita. Jadikanlah ianya amalan hidup,jangan hanya sekadar di Bulan Kemenangan ini sahaja.
_home sweet home_
.: Bayangan Wajah Kekasih :.
Aku tidak pernah peduli
Apakah cintaku bertepuk sebelah tangan
Kerinduan yang kian membara
Telah menyalakan getar-getar cinta di dada
Dan mengantarkan diri ini
Di sudut penantian

Taman penghambaan sejati

Aku tidak pernah tahu
Masih seberapa banyak sisa waktuku
Untuk mengejar bayangan wajah Sang Kekasih
Yang selalu hadir di setiap penjuru taman hatiku
Dan memabukkan diri ini di hamparan permaidani cinta
Dalam kelembutan dakapan mesra cintaNya

Aku tidak lagi hiraukan
Sejauh mana aku kan dapat menjejakkan langkahku ini

Di bumi persada milikNya
Aku kan terus melangkah sejauh yang dapat ku tempuhi
Aku kan terus menapak sejauh langkah kaki ini dapat terayun
Meski aku tak kan pernah tahu
Adakah Engkau kan menyambutku di penghujung jalan ini

Aku akan tetap terus melangkah
Untuk menempuhi tingginya tebing-tebing dan likunya jalan-jalan ini
Yang terkadang begitu curam dan panjang membentang

Dengan berbekalkan kerinduan yang sarat membara di dalam jiwa

Serta simfoni nama cinta yang beralun merdu
Yang selalu bergetar di segenap pelantar hatiku
Membuatkan ku terus merindui bayangan wajah Kekasih di setiap detik waktuku...







_DOA ADALAH HARAPAN YANG MENGHIDUPKAN_
28 Ramadhan 1430h
.: Kebangkitan Mahasiswa :.
Alhamdulillah, hari ini saya telah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri satu Konvensyen Transformasi Malaysia yang saya kira telah dilancarkan dengan jayanya. Konvesyen hari ini telah pun berjaya membuka minda dan pemikiran seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada hari ini. Bagi saya,inilah titik permulaan bagi mahasiswa untuk mula mengorak langkah dan memacu percaturan kepimpinan negara di masa hadapan.

Sekadar perkongsian dari saya buat rakan-rakan yang tidak dapat bersama-sama dalam konvesyen hari ini, mungkin kerana kondisi yang tidak mengizinkan kalian. Bermula dari jam 9.30 pagi telah berlansungnya satu forum yang bertajuk, Challenges of a New Malaysia.Panelisnya Dr. Zuhdi dan Cikgu Bad, kedua-duanya merupakan mantan aktivis mahasiswa di zaman mudanya. Forum ini merupakan muqaddimah untuk memberikan view yang jelas kepada semua hadirin tentang kondisi negara yang sedang bergolak dan apakah peranan yang perlu dimainkan oleh kita yang bergelar mahasiswa pada hari ini.

Konvensyen ini merupakan langkah pertama yang diambil oleh front-front mahasiswa iaitu, GAMIS, KAMI,PKPIM dan DEMA yang dinaungi oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia. Seusai tamatnya forum, konvensyen diteruskan lagi dengan pembentangan draf domain-domain yang telah dirangka oleh front-front yang terlibat. Terdapat 9 draf domain yang telah dibentangkan oleh barisan kepimpinan yang mewakili NGO masing-masing.

Berikut adalah draf domain tersebut :

1. Perundangan dan Kehakiman

2. Kedudukan Islam dan Hubungan Antara Kaum

3.Ekonomi


4. Demokrasi dan Hak Asasi


5. Dasar Luar Negara


6. Pendidikan Negara


7. Media dan Penerangan


8. Intergriti dan Kepimpinan Nasional


9. Kebajikan Rakyat


Domain-domain ini telah diperbahaskan oleh semua sidang dewan yang hadir. Seronok rasanya dapat berada di situ dan mendengar sahabat-sahabat berbahas dan brainstorm demi masa depan negara umumnya dan Islam khususnya. Menariknya,ada juga dalam kalangan sahabat2 yang tampil memberi pandangan dan taujihad dalam sesi ini. Inilah kali pertama semua mahasiswa dari pelbagai jenis IPT duduk bersama berbincang,berkongsi idea dan pendapat, walau berbeda pusat pengajian, namun wadah perjuangan inilah telah menyatukan hati-hati kita. Pelbagai respon yang diberikan, ada yang pro kepada domain-domain dan tidak kurang juga yang kontra dan bertentangan dengan yang lain. Namun,itu tidak menjadi masalah, inilah masanya kita mengamalkan adab-adab dalam brainstorming. Lontarkan segala idea yang ada dan semua lontaran itu perlulah diraikan oleh sahabat-sahabat. Kita perlu ingat, apa yang diperbincangkan adalah demi Islam, jadi lakukanlah yang terbaik dan fikirlah masak-masak agar keputusan yang akan diambil merupakan keputusan yang terbaik dan mampu memberi impak yang maksima kepada kita semua.

Walau bagaimanapun, hati kecil saya agak terkilan saat adanya rakan-rakan seperjuangan yang kelihatan agak ragu-ragu dengan Tranformasi ini. Ada yang berpendapat, transformasi ini masih keawang-awangan dan agak mustahil untuk dicapai. Namun begitu, saya optimis bahawa usaha ini akan berjaya sekiranya kita yang bergelar anak muda reform ini tegar dalam melaksanakannya. Cukuplah sekadar saya katakan yang hasil kepada perjuangan kita ini mungkin tidak dapt kita rasai tetapi ingatlah,ianya akan dirasai oleh zuriat-zuriat kita di masa hadapan. Selaku pemuda, teruskan usaha dan yakinlah dengan ALLAH SWT. Bak pesanan Cikgu Bad di dalam forumnya, "anak muda jangan takut untuk mencipta ilusi, kerana dari ilusi itulah kamu akan berusaha sedaya upaya kamu". Nah,jelas sudah bahawa, anak mudalah yang mempunyai daya pemikiran yang kritikal dalam setiap perkara. Jadi,manfaatkanlah kemampuan tersebut sebaik mungkin.

Satu harapan saya agar deklarasi ini mampu menyedarkan mahasiswa tentang peranan kita dalam masyarakat. Jika kita lihat,bagaimana mahasiswa di Indonesia mampu menjadikan mereka sebagai aset utama kepada masyarakat, kenapa tidak kita? Ingatlah teman-teman, antara soalan yang akan ditanya di padang mahsyar nanti, APAKAH YANG TELAH KAMU LAKUKAN DENGAN ZAMAN MUDA KAMU? Bisakah kita menjawab soalan ini? atau hanya sekadar tertunduk malu? Tepuklah dada, tanyalah iman. Tarikh keramat 13 September 2009 telah menjadi saksi bahawa masih terdapat segolongan kecil manusia yang berusaha untuk menjadikan kehidupan dunia hari ini berpaksikan kebenaran dan keadilan yang sebenar yang telah dibawa oleh Islam. Akhir kalam, semoga segala yang dirancang ini diberkati dan dirahmati ALLAH SWT. Sekadar perkongsian bersama.
.:MAHASISWA JURUBICARA UMMAH:.

Buat julung-julung kalinya, Solidariti Mahasiswa Malaysia

akan menganjurkan

KONVESYEN TRANSFORMASI MALAYSIA 2009 (Trans-Malaysia '09)


Justeru,saya menyeru seluruh sahabat-sahabat masahasiswa yang berada di seluruh pelusuk Malaysia untuk turun bersama-sama menghadiri konvesyen ini. Majlis ini akan diadakan

pada 13 September 2009 bertempat di Dewan Jubli Perak, Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor.

Ayuh mahasiswa! Bangkitlah! Kitalah generasi yang akan mencorakkan barisan kepimpinan di masa hadapan. Malaysia milik kita bersama. Bersatu membina negara yang lebih maju dan berjaya di masa hadapan. Bersama-samalah kita berusaha menjernihkan keadaan dan situasi negara sekarang. Buktikan kepada masyarakat bahawa, mahasiswa sentiasa seiring dengan pemabngunan negara. Kitalah yang akan menentukan Malaysia bermula dari sekarang.

GEGARKAN MALAYSIA DENGAN SUARA MAHASISWA!!!