.: BERSEDIALAH WAHAI HAWARIYYUN!!!:.

Sekadar perkongsian dari saya buat sahabat-sahabat seperjuangan dan para pembaca yang sudi menjengah seketika ke blog ini yang agak lama menyepi.

Buat para da’ie atau insan-insan yang mengisytiharkan diri mereka sebagai pejuang Islam, di sini, kita haruslah memahami bahawa jalan dakwah yang kita sedang lalui ini tidak akan pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Al-Quran telah berulang-ulang kali merakamkan peringatan,amaran dan perangsang buat kita semua...

“Maka bersabarlah kamu seperti orang yang mempunyai keteguhan hati dari rasul- rasul telah bersabar dan janganlah kamu meminta disegerakan (azab) bagi mereka...” (Al-Ahqaf: 35)

“Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).”

(Luqman: 17)

Setiap insan yang mengakui dirinya adalah pejuang agama Allah ini seharusnya mempunyai ketabahan hati agar mampu berhadapan dengan bermacam dugaan dan cubaan. Apatah lagi, dugaan dan cubaan itu datangnya daripada pelbagai pihak dan segenap sudut yang ada.

Kali ini saya suka untuk menyebutkan tentang cabaran luaran yang seringkali kita hadapi.

Renungilah firman Allah S.W.T. tentang ancaman cubaan dari luar;

“Dan sesungguhnya mereka hampir memalingkan kamu dari apa yang telah Kami wahyukan kepadamu, agar kamu membuat yang lain secara bohong terhadap Kami; dan kalau sudah begitu tentulah mereka mengambil kamu jadi sahabat yang setia.” (Al-Israa’: 73)

Jika tiada kemantapan ilmu dan keteguhan iman di dada, pasti kita terpaling sedikit. Dan biarpun kita terpaling hanya sedikit, tetapi ingatlah wahai ansorullah!!! Balasannya cukup besar dan amat pedih.

“Dan kalau Kami tidak memperkuat (hati)mu, nescaya kamu hampir-hampir condong sedikit kepada mereka. Kalau terjadi demikian, benar-benarlah Kami akan rasakan kepadamu (siksaan) berlipat ganda di dunia ini dan begitu (pula siksaan) berlipat ganda sesudah mati, dan kamu tidak akan mendapat seorang penolong pun terhadap Kami.” (Al-Israa’: 74-75)

Suka saya mengajak semua pembaca untuk bersama-sama kita renungi kisah penawaran pihak kafir Quraisy kepada Rasulullah s.a.w.;

Antaranya,kisah kaum Quraisy tidak akan menghalangi pekerjaan Rasulullah dan orang Islam boleh terus hidup tanpa diganggu. Malahan mereka bersedia untuk turut bersama-sama beribadah secara Islam pula, sekiranya semua orang Islam mahu turut memuja dewa-dewa yang mereka puja. Boleh berganti-ganti setahun ke mari, setahun ke sana.

“Dan apabila ada unsur-unsur kebaikan yang engkau bawa, maka kami akan bersama-sama dengan engkau menjalankannya; dan kami akan ambil bahagian kami daripadanya. Dan jika ada unsur-unsur kebaikan yang ada pada kami, bersama-sama pulalah engkau menjalankannya; dan engkau ambillah bahagianmu daripadanya.”

Rasulullah s.a.w. menjawab:


“Berlindung aku dengan Allah, jangan sampai aku menysirikkan Dia dengan dengan lainnya.”

Kaum Quraisy pun mengurangkan isi tawaran mereka:

“Kalau begitu, engkau terimalah sebahagian sahaja dari tuhan-tuhan kami, kami akan akui kebenaranmu; dan kami sembah Tuhanmu.”

Dengan cepat dan tegas Rasulullah s.a.w. memberikan jawapan dengan firman Allah S.W.T.

“Katakanlah: Hai orang-orang yang kafir, aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. Untukmulah agamamu, dan untukkulah, agamaku.” (Al-Kaafiruun: 1-6)

Dan cubaan itu akan terus datang dalam pelbagai bentuk. Kadang kala berupa siksaan dan penderitaan. Inilah hakikat yang telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku.

Bertanya Sa’ad bin Abi Waqqas: “Di antara manusia, siapakah yang mendapat seberat-berat ujian, ya Rasulullah?” Rasulullah s.a.w. menjawab: “Para Nabi, kemudian orang-orang yang sama seperti mereka; lalu orang-orang yang sama dengan mereka itu pula.”

Nah, dapatlah kita simpulkan di sini, sesungguhnya jalan dakwah dan perjuangan ini sememangnyat idak akan pernah sunyi dari segala ancaman dan dugaan. Andai, para rasul dan anbia' serta sahabat-sahabat yang punyai tempat di sisi Allah juga terpaksa menempuh semua ini, apatah lagi kita ini yang hanya insan biasa yang belum pasti kedudukan di sisi Rabb Al-Jalil. Bersama-samalah kita bersatu dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang bakal kita depani.

Salam juang buat semua insan-insan yang merelakan diri mereka menjadi golongan Hawariyyun dan Ansorullah sepanjang perjalanan berliku ini. Semua janji kita ini, pasti kita REALisasikan kerana kita Jaisy Muhammad yang rela berkorban demi ALLAH & RASULNYA.

p/s : Sahabat-sahabat yang ku kasihi fillah,jangan pernah kita berputus asa walau seketika, andai ada antara kita yang merasakan lariannya semakin lemah, janganlah kau terus berhenti dan berehat sedangkan teman-temanmu yang lain masih berlari...teruskan larianmu itu,walau perlahan sekalipun, ia tetap bernilai...sesungguhnya tenaga dan dirimu amat berharga buat Islam yang tercinta ini .




0 Responses

Post a Comment

  • who am I

    My photo
    I want to die with my forehead on the ground, the SUNNAH in my heart, ALLAH on my mind, QURAN on my tongue and tears in my eyes.

    aturan hidup

    terus berlalu

    syifa' qalbi

    syifa' qalbi

    my bodyguard (^_^)

    my bodyguard (^_^)

    my brother blog

    bumi tarbiyyahku

    bumi tarbiyyahku

    lembah tarbawiku

    lembah tarbawiku

    medan realitiku

    medan realitiku

    my_MMAS

    pro-m

    pro-m

    together with

    kompas serikandi