Alhamdulillah, hari ini saya telah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk menghadiri satu Konvensyen Transformasi Malaysia yang saya kira telah dilancarkan dengan jayanya. Konvesyen hari ini telah pun berjaya membuka minda dan pemikiran seluruh mahasiswa dan mahasiswi yang hadir pada hari ini. Bagi saya,inilah titik permulaan bagi mahasiswa untuk mula mengorak langkah dan memacu percaturan kepimpinan negara di masa hadapan.
Sekadar perkongsian dari saya buat rakan-rakan yang tidak dapat bersama-sama dalam konvesyen hari ini, mungkin kerana kondisi yang tidak mengizinkan kalian. Bermula dari jam 9.30 pagi telah berlansungnya satu forum yang bertajuk,
Challenges of a New Malaysia.Panelisnya Dr. Zuhdi dan Cikgu Bad, kedua-duanya merupakan mantan aktivis mahasiswa
di zaman mudanya.
Forum ini merupakan muqaddimah untuk memberikan
view yang jelas kepada semua hadirin tentang kondisi negara yang sedang bergolak dan apakah peranan yang perlu dimainkan oleh kita yang bergelar mahasiswa pada hari ini.
Konvensyen ini merupakan langkah pertama yang diambil oleh front-front mahasiswa iaitu,
GAMIS, KAMI,PKPIM dan DEMA yang dinaungi oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia. Seusai tamatnya forum, konvensyen diteruskan lagi dengan pembentangan draf domain-domain yang telah dirangka oleh front-front yang terlibat. Terdapat 9 draf domain yang telah dibentangkan oleh barisan kepimpinan yang mewakili NGO masing-masing.
Berikut adalah draf domain tersebut :
1. Perundangan dan Kehakiman
2. Kedudukan Islam dan Hubungan Antara Kaum
3.Ekonomi
4. Demokrasi dan Hak Asasi
5. Dasar Luar Negara
6. Pendidikan Negara
7. Media dan Penerangan
8. Intergriti dan Kepimpinan Nasional
9. Kebajikan Rakyat
Domain-domain ini telah diperbahaskan oleh semua sidang dewan yang hadir. Seronok rasanya dapat berada di situ dan mendengar sahabat-sahabat berbahas dan brainstorm demi masa depan negara umumnya dan Islam khususnya. Menariknya,ada juga dalam kalangan sahabat2 yang tampil memberi pandangan dan taujihad dalam sesi ini. Inilah kali pertama semua mahasiswa dari pelbagai jenis IPT duduk bersama berbincang,berkongsi idea dan pendapat, walau berbeda pusat pengajian, namun wadah perjuangan inilah telah menyatukan hati-hati kita. Pelbagai respon yang diberikan, ada yang pro kepada domain-domain dan tidak kurang juga yang kontra dan bertentangan dengan yang lain. Namun,itu tidak menjadi masalah, inilah masanya kita mengamalkan adab-adab dalam brainstorming. Lontarkan segala idea yang ada dan semua lontaran itu perlulah diraikan oleh sahabat-sahabat. Kita perlu ingat, apa yang diperbincangkan adalah demi Islam, jadi lakukanlah yang terbaik dan fikirlah masak-masak agar keputusan yang akan diambil merupakan keputusan yang terbaik dan mampu memberi impak yang maksima kepada kita semua.
Walau bagaimanapun, hati kecil saya agak terkilan saat adanya rakan-rakan seperjuangan yang kelihatan agak ragu-ragu dengan Tranformasi ini. Ada yang berpendapat, transformasi ini masih keawang-awangan dan agak mustahil untuk dicapai. Namun begitu, saya optimis bahawa usaha ini akan berjaya sekiranya kita yang bergelar anak muda reform ini tegar dalam melaksanakannya. Cukuplah sekadar saya katakan yang hasil kepada perjuangan kita ini mungkin tidak dapt kita rasai tetapi ingatlah,ianya akan dirasai oleh zuriat-zuriat kita di masa hadapan. Selaku pemuda, teruskan usaha dan yakinlah dengan ALLAH SWT. Bak pesanan Cikgu Bad di dalam forumnya, "anak muda jangan takut untuk mencipta ilusi, kerana dari ilusi itulah kamu akan berusaha sedaya upaya kamu". Nah,jelas sudah bahawa, anak mudalah yang mempunyai daya pemikiran yang kritikal dalam setiap perkara. Jadi,manfaatkanlah kemampuan tersebut sebaik mungkin.
Satu harapan saya agar deklarasi ini mampu menyedarkan mahasiswa tentang peranan kita dalam masyarakat. Jika kita lihat,bagaimana mahasiswa di Indonesia mampu menjadikan mereka sebagai aset utama kepada masyarakat, kenapa tidak kita? Ingatlah teman-teman, antara soalan yang akan ditanya di padang mahsyar nanti,
APAKAH YANG TELAH KAMU LAKUKAN DENGAN ZAMAN MUDA KAMU? Bisakah kita menjawab soalan ini? atau hanya sekadar tertunduk malu? Tepuklah dada, tanyalah iman. Tarikh keramat 13 September 2009 telah menjadi saksi bahawa masih terdapat segolongan kecil manusia yang berusaha untuk menjadikan kehidupan dunia hari ini berpaksikan kebenaran dan keadilan yang sebenar yang telah dibawa oleh Islam. Akhir kalam, semoga segala yang dirancang ini diberkati dan dirahmati ALLAH SWT. Sekadar perkongsian bersama.
Post a Comment