DARI MAAHAD KE NILAM PURIAyunan tarbiyah ku bermula dari maahad hinggalah ke Nilam Puri. Terkadang aku tersenyum sendiri mengenang kejahilan dalam diri. Jika satu masa dulu,berat benar hati melangkah ke Nilam Puri kerana matlamat utamaku STAM!!! Tidak pernah aku terifikir untuk bergelar Mahasiswi Universiti Malaya satu hari nanti. Inilah perancangan Allah S.W.T untuk diriku. Dari bumi Kedah aku bermuqim di Kelantan kerana ilmu, tidak aku sangka temph 2 tahun akan berlalu sebegini pantas. Jika satu masa dulu,aku bimbang andai biah yg ku bina dalam diri tergugat tetapi Alhamdulillah, aku dilempar ke lembah tarbawi untuk terus mengukuhkan lagi tapak binaan dalam diriku ini. Kini, Nilam Puri akan menjadi seperti Maahad Mahmud buatku...kedua-duanya akan terus menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku. Apa yang aku pasti, aku terlalu sayang dan cintakan 2 lembah ini. Di sinilah aku mengenal erti ilmu,tarbiyah,ukhwah,tadhiyyah dan segalanya.
TIADA NOKTAH
Aku tahu,perjuangan ini tiada noktahnya. Jika dulu di maahad aku mula merangkak, di nilam puri aku bangun berjalan, maka di kuala lumpur aku akan berlari. Pastinya larian aku tidak keseorangan. Aku akan pastikan larian ku diiringi teman-teman seperjuangan yang bersama berikrar untuk memastikan ISLAM kan tertegak di atas muka bumi ini. Larian ini tidak akan terhenti hinggalah kita bertemu garisan penamat yang hakiki. Benarlah kata seorang temanku, Nilam Puri hanya dunia pra pra realiti, kampus Kuala Lumpur pula dunia pra realiti dan dunia realiti yang sebenarnya adalah lapangan masyarakat hari ini. Jelaslah pada kita, bahawa perjuangan Aqidah ini tiada noktahnya hingga tiba satu saat kemenangan atau syahid yang akan kita kecapi.
TEMAN-TEMANKU Tiada kata atau ungkapan yang mampu kuucapkan sebagai tanda pengharagaan kerana sudi menerima aku sebagai teman kalian sepanjang liku perjuangan ini. Ukhwah yang terbina antara kita terlalu indah. Dari maahad hingga ke nilam puri, Allah telah menghadiahkan aku ikhwah dan akhawat yang terlalu berharga. Saat diri terasa lemah dan longlai, akan ku kenang kisah persahabatan yang terlakar antara kita, terlalu unik dan indah. Bagiku, kalian ibarat kiambang di tasik yang saling bertaut dan menguatkan antara satu sama lain, walau apa yang melanda, ia masih kukuh bertaut, subhanallah. Biarlah, kita dihina kerana memperjuangkan AGAMA, jangan sampai kita dipuji kerana mempermainkan AGAMA. Ya Allah, Engkau kuatkanlah ikatan antara hati-hati ini, bertemu dan berpisah kami hanya kerana Engkau Ya Rabbi... GENERASI BARU YG TELAH DINANTI
Hadir kami untuk bersama memperjuangkan agenda Aqidah. Insyaallah, kita akan pastikan segala yang kita terima ini mampu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita. Hadir kita adalah untuk mengisi ruang-ruang kemenangan yang ada. Bangunlah SYABAB!!!! kan kita buktikan, hadir kita ada nilainya buat Islam tercinta. Nahnu Hawariyyun...takbir!!!
Post a Comment