.:Pesanan Buat Insan Bergelar Pimpinan:.


Salam Takziah buat barisan kepimpinan baru....

Baru2 nie tanggal 6 April 2009 telah berlansungnya satu Majlis Peralihan Pimpinan di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, Nilam Puri, Kelantan. Dan hari genap 10 hari sudah kalian berada di barisan kepimpinan pelajar di APIUM nie. Bumi yang kita cintai,bumi yang banyak mengajar kita erti tarbiyyah,erti satu perjuangan dan erti sebuah persahabatan yang disulami kasih kerana Allah. Pasti akan banyak mutiara ilmu dan pengalaman yang bisa kalian kutip sepanjang pelayaran kalian nanti. Manfaatkan ianya sebaik mungkin sebagai bekalan di masa hadapan.

Wahai pimpinan,

Ingatlah kalian kepada satu pesanan baginda yang berbunyi....
"Barangsiapa (pimpinan) yang mana tidak menjaga rakyatnya dengan menasihati mereka,maka tiada baginya haruman syurga" Bertitik tolak dari sinilah,kalian perlu melaksanakan amanah yang terpikul di pundak kalian itu sebaik mungkin. INGAT!!! wahai pemimpin, jawatan bukanlah satu kebanggaan...ianya hanyalah satu wasilah semata2 untuk kita melaksanakan amanah kita sebagai khalifah di muka bumi Allah Taala ini.

Jangan dihirau kepada kemuncup yang ada!!! Pasti kalian bingung,mengapa aku berpesan demikian Percayalah wahai adik2 ku, perjalanan kalian masih jauh, ini baru langkahan pertama kalian dalam medan juang ini... pasti akan ada kemuncup sepanjang laluan kalian nanti. Tapi,seperti yang aku katakan sebelum ini, jangan hiraukan kemuncup-kemuncup itu, ianya hanya sekadar halangan kecil yang ku kira tidak perlu kalian runsingkan tapi hati-hati dengannya. Kalau mampu dielak, maka elak lah...tapi andai kalian terpaksa juga melalui kemuncup itu, maka lalulah dan serahlah kepada Allah segala perhitunganNya.


Bersabarlah wahai pemimpin,

Bila mana kita mengatakan kita ialah pimpinan yang ingin mambawa Islam dalam agenda perjuangan kita, pasti onak dan duri menanti kita... Segala tohmahan, cacian,tuduhan pasti menunggu kalian untuk dihentam. Banyak mata2 yang sedang meneropong kalian,dengan niat untuk mencari kesilapan kalian, Jadi,AWAS!!! atur langkahan sebaik mungkin, jangan biar mereka dengan mudah memperkotak-katikkan kita. Akan ada yang mengatakan kita ini gerakan yang hamasah la, bidaah, dan tak kurang yang mengatakan kita ini golongan yg sekular.dan yang lebih hebat lagi akan ada yang meragui aqidah kita. Aduh!! pedih semua ini, tapi inilah hakikat perjuangan, mana mungkin kita bisa lari dari segala ujian ini kan... Sejarah Junjungan S.A.W kita telah pun membuktikannya, apabila baginda yg digelar kekasih Allah turut melalui jalan yang perit hanya semata-mata untuk meninggikan kalimah Islam di muka bumi ini... Siapalah kita untuk merungut saat ujian bertandang membawa tarbiyyah yang tersirat... Bukan nilaian dari manusia yang kita inginkan tp cukuplah apa yang kita lakukan ini ada nilainya di sisi Maha Pencipta kita...biarlah seisi dunia mencaci....cukuplah Allah sebagai peneman di saat diri mencari kekuatan untuk terus berdiri...

Do da best untuk exam nanti,buktikan kalian mampu lakukan yang terbaik dalam segenap perkara. Kejayaan kita adalah kebanggaan buat Islam,namun kegagalan kita adalah fitnah terbesar buat Islam kerana kita pejuang Islam!!!
Akhir kalam dariku, teruskanlah perjuangan ini, jangan takut untuk manjadi mata rantai perjuangan ini...yakinlah dengan jalan yang telah dipilih ini, segala2nya hanyalah untuk menggapai mardhatillah...Inna ALLAHA MA'ANA...
0 Responses

Post a Comment

  • who am I

    My photo
    I want to die with my forehead on the ground, the SUNNAH in my heart, ALLAH on my mind, QURAN on my tongue and tears in my eyes.

    aturan hidup

    terus berlalu

    syifa' qalbi

    syifa' qalbi

    my bodyguard (^_^)

    my bodyguard (^_^)

    my brother blog

    bumi tarbiyyahku

    bumi tarbiyyahku

    lembah tarbawiku

    lembah tarbawiku

    medan realitiku

    medan realitiku

    my_MMAS

    pro-m

    pro-m

    together with

    kompas serikandi