.: Salam Imtihan :.
mujahidah fil ISLAM
Saya kira blog ini akan sunyi seketika selepas ini...Almaklumlah,badai peperiksaan akan melanda kampus ini dalam masa terdekat. Sekarang ni minggu study di sini. Memang dahsyat sungguh pemandangan sepanjang minggu nie... Ada yg sanggup berjaga sampai ke pagi semata-mata untuk menghafal n tak kurang jugak yang cakap sorang2...hehe... Memang bangga benar melihat semangat para penuntut ilmu ini.. Tapi satu yang tetap menyedihkan, semua ini hanya berlaku sempena musim peperiksaan saja.
Qiammulaillnya, solat hajatnya,solat jemaahnya...baru sekarang mendapat sambutan. Sebelum ini...jangan ditanya la... Saya fikir,fenomena ini pasti bukan hanya di kampus kebanggaanku ini saja,ianya pasti berlaku jua di tempat lain kan... Satu kesimpulan awal yang boleh saya katakan, inilah kita... manusia yang hina. Saat kita berada dalam kesusahan atau ujian, waktu itulah Allah hadir dalam hati2 kita...sebelum ini di manakah tempat bagiNya??? tepuklah dada, tanyalah iman...
Tambah menyedihkan lagi,apabila fenomena ini melanda kita yang menuntut ilmu2 agama... Tak malukah kita pada diri sendiri. Cuba bayangkan,sebelum ini kita lupa akan Maha Pencipta kita, tapi sekarang kita tunduk sujud menyembahnya dan berdoa seikhlas mungkin semata-mata inginkan kejayaan dalam imtihan yang akan dilalui... lepas dah habis exam nanti, kita masih terus berdoa dan bertawakkal...kita jaga hubungan dengan Rabb sebaik mungkin... Namun,apabila kejayaan kita genggam dan segala yang dicita menjadi kenyataan... kita kembali melupakan Pemberi Kejayaan tersebut. Kita terlalu berbangga, kononnya itulah hasil usaha kita...sedangkan semua itu datang dari Pemilik Segala Ilmu.
Sedarlah wahai sahabat2, menuntut ilmu itu wajib dan mengamalkannya juga satu tuntutan. Janganlah ilmu itu diibaratkan seperti boneka yang hanya menjadi permainan kita... Ilmu itu nur yang akan terus menjadi penyuluh dalam kehidupan kita... Sekadar ini sahaja untuk renungan kita bersama... Kita mampu mengubahnya!!!Kepada sahabat2 seperjuanganku yang berada di seluruh Malaysia dan seluruh warga kampus....
Selamat menempuhi final exam... teruskan usaha... semoga berjaya di dunia & akhirat....chaiyok3x
Terenyuh dan luruh hati aka membaca tulisan ini. X hanya exam yang terkadang kita membutuhkan-Nya. Syukron jazakillah atas tulisannya, semoga Allah selalu memberikan kelapangan hati dan keluasan fikiran untuk dik...??? (name sape ek, aka x buka lagi about me...??? ) hehehe..
Salam kenal dan salam ukhuwah... keep spirit..