.: Selamat Berjuang buat adikku :.



Assalamualaikum wbt...

Dalam post kali ini saya tujukan khas buat adik tersayang AHMAD FAIZ B. AHMAD YUSOF yang akan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan menjelma tidak lama lagi. Dia kini sedang menuntut di SMA Al-Madrasah Al-Diniah, Arau, Perlis. Merupakan adik saya yang kedua. He is my third bodyguard (hehe). Yang first, of course la abah... yang second pula sedang menuntut ilmu di UIA. Faiz seorang yang baik hati , anak yang taat, suka tolong orang dan pastinya dia merupakan seorang adik yang amat baik.

Cepat betul masa berlalu, seingat saya, masa kecil dahulu...sayalah yang selalu menghantarnya ke TASKI di masjid dekat dengan rumah masa tu. Sekarang dah besar panjang pun, bahkan ramai pula yang cakap adik-adik saya ni macam abang saya. Aduh, terasa muda la pula. Apa-apa pun saya berbangga punyai adik-adik seperti mereka.

Buat adikku faiz...

Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Jika 3 tahun lepas,kakak pernah di tempatmu, diikuti dengan abang dan kini tiba giliran faiz pula berjuang. Hanya satu pesan kakak, semakin dekat kita dengan tarikh peperiksaan, dekatkanlah diriMu dengan Pemilik Alam ini sedekat yang mungkin kerana hanya Dialah yang mengetahui segala apa yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan. Akak teramat percaya dan yakin, Allah tidak akan pernah mensia-siakan usaha kita dalam melakukan sesuatu perkara.

Jadikanlah seminggu yang terakhir ini sebagai tempoh untuk faiz berusaha sebaik mungkin dan manfaatkanlah setiap waktu yang masih berbaki ini. Fokus dengan kejayaan. Pasak dalam diri, FAIZ BOLEH BERJAYA!!! Buktikan kepada semua, yang faiz boleh yang terbaik demi masa depan faiz nanti. Ingatlah adik, kejayaan itu tidak mustahil untuk dimiliki oleh setiap insan. Dunia akhir zaman ini memerlukan generasi Islam yang mampu ke hadapan. Akak sentiasa mendoakan agar adik-adik akak ini mampu menjadi harapan ummah di masa hadapan. Tuntutlah ilmu seikhlas mungkin, kerana ilmu itu nuur dan ianya tidak akan masuk ke dalam hati-hati yang dipenuhi dengan maksiat. Jauhilah setiap larangan Allah SWT. InsyaAllah...dirimu akan senantiasa diredhai.



Jangan lupa mohon ampun dengan mak,abah,cikgu-cikgu dan kawan-kawan, selagi mana ada insan yang terasa hati dengan kita, selagi itulah doa dan usaha kita akan terhijab dengan Allah. Mak dan abah lah insan yang paling bimbang memikirkan tentang diri kita. Sudah terlalu banyak yang mereka korbankan buat kita adik-beradik dan inilah masanya faiz nak membuktikan pada mak dan abah bahawa apa yang mereka berikan pada faiz tidak pernah disia-siakan.

Berusahalah dan berdoalah selalu, tanam tekad dalam hati untuk berjaya di dunia dan akhirat.
Akhirnya. akak selalu mendoakan kejayaan buat adik-adik akak. So, janji pada diri untuk buat yang terbaik ya. Jangan hampakan harapan insan-insan yang kita sayang. Saat diri terasa malas, faiz kena ingat balik segala pengorbanan mak dan abah buat kita adik-beradik. InsyaAllah, kejayaan mengiringimu. Satu prinsip yang akak selalu pegang sewaktu nak menghadapi peperiksaan...

"kejayaan kita merupakan kebanggaan buat Islam, namun, kegagalan kita merupakan fitnah terbesar buat Islam kerana kita pejuang Islam"

USAHA + AZAM + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN FAIZ (^_~)

So, renung-renungkanlah... Bittaufiq wan najjah fil imtihan, uhibbuka jiddan ya akhie!!!
.: TEEN TALK-"Rindu Allah? SMS je" :.
RASA BOSAN???

ASYIK TENGOK BUKU JE???

PENING NGAN EXAM???

JIWA TERASA SEPI???

NAK MENCARI KETENANGAN???

Nah, ini penawarnya... Ayuh kita beramai-ramai ke

TEEN TALK : Rindu pada ALLAH??? SMS je...



Perkongsian ilmu dari al-akh Muhammad Safwan bin Anang@Talib

So!!! Jom la...topup ilmu together with us.

Jangan datang sorang ja..ajak kawan2 yang lain sama ye...

"STRIVE 4 ILMU"


.: Jangan risau, Teruskan berdoa :.
Assalamualaikum wbt...

Salam perjuangan dan salam mahabbah kepada semua. Sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat di petang yang mendung ini. Seorang sahabat ana ada bermesej dengan ana dan memohon sedikit tashjie' daripada diri yang lemah ini. Saya akui, semenjak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita diuji. Almaklumlah,dalam fasa berlansungnya final exam ini berbagai-bagai macam bentuk ujian. Ada yang Allah SWT uji dengan kesihatan,keluarga,kewangan dan hati.Saya sendiri tidak dapat menafikan yang diri ini turut mengalami suasana yang sebegini.

Namun begitu, alhamdulillah...Allah masih memberi sedikit kekuatan buat diri saya untuk terus berdiri dan melangkah menghadapi segala mehnah yang diberikan ke atas diri saya ini. Cuma satu yang dapat saya kongsikan... Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya:

" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu(wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini dekat, Aku menjawab seruan orang yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruanKu (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu,agar supaya mereka selalu berada di atas petunjuk" <2:186>

BERDOALAH!!! Inilah harapan yang Allah SWT hadiahkan buat hamba-hambaNya agar kita yang lemah ini tidak berputus asa. Saya yakin, ramai yang akan berkata, 'dah doa la' ataupun 'dah larat nak doa still macam ni jugak' . Ini antara respon yang saya dapat kalau saya bercakap mengenai doa. Itulah silap kita, berdoa namun tiada keyakinan kepadaNya, macam manalah ALLAH nak maqbulkan. Jangan dipisahkan antara doa dan keyakinan dalam kehidupan ini. Keyakinan dan pengharapan perlu ada dalam setiap doa kita.

Cuba bayangkan andainya,dengan mudah kita mengaku kalah lalu berputus asa terhadap Allah dalam sesuatu perkara,dalam kata lainnya,bermaksud kita langsung tidak menghargai apa yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tidak kisahlah, seberat mana pun ujian yang melanda, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk mengahadapinya. Jangan sesekali kita melupai bahawa Allah itu senantiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dhaif ini.


Renungkanlah sejenak, mungkin Allah berikan kita ujian ini kerana DIA hendak menghadiahkan sesuatu kepada kita. Apa hadiahnya??? Hanya hati kita saja yang tahu, inilah rahsia antara kita dengan ALLAH. Kita selalu merungut,kenapa mesti kita yang hadapi perkara ini? Kenapa kita yang diuji? Kenapa tidak orang lain? Jawapannya mudah, kerana Allah prihatin kepada kita. Dengan ujian ini kita akan lebih memahami kitaran kehidupan ini. Ada masanya kita senang, ada masanya kita susah. Itulah lumrah kehidupan. Biarlah beribu tribulasi yang melanda,dengan berbekal keazaman dan doa kepada ALLAH... InsyaAllah pasti segalanya dipermudahkan. Percayalah...Allah itu ada di sisi kita, DIA tidak pernah melupai hamba-hambanya.

Akhir kalam,wahai teman-temanku, usahlah bimbang atau risau, ALLAH mendengar rintihan dan luahan masalah mu. Mana mungkin DIA akan membiarkan kita setelah DIA menguji kita, pasti ada hikmahnya. Mohonlah ampunan dan bantuan dariNYA. Janganlah sesekali kita mengharap selain dariNYA... Saya akhiri penulisan kali ini dengan maksud hadis Qudsi riwayat Muslim: 4674

" Wahai hamba-hambaKu! setiap siang dan malam kalian senantiasa berbuat salah, namun Aku mengampuni semua dosa, kerana itu, mohonlah ampunanKu agar aku mengampuni kalian...."
*ayuh kita renungkan....(^_^)

" Doa adalah harapan yang menghidupkan"


.: BN menang, KEDAH senang ??? :.

ALOR SETAR 8 Nov. - UMNO Kedah akan melancarkan kempen 'Barisan Nasional (BN) Menang Kedah Senang' bagi menyuntik semula semangat ahli-ahli parti untuk terus bekerja keras bagi menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, slogan itu dipilih setelah semua ketua bahagian dan cawangan mengadakan sesi perbincangan untuk memantapkan lagi jentera parti.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan kempen tersebut pada Khamis depan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (Titi Serong).

"Slogan 'BN Menang Kedah Senang' ini dipilih untuk menggerakkan semangat dan tumpuan ahli-ahli BN bagi merampas semula negeri ini daripada tangan pembangkang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, hanya dengan kembali kepada BN, barulah pembangunan negeri ini dapat digerakkan semula dengan baik dan rakyat akan mendapat faedah daripadanya.

"Kita akan bergerak berdasarkan slogan ini dan kita akan terus bekerja keras untuk menawan semula negeri ini," jelasnya.

Jelasnya, pelbagai program sudah diatur untuk memastikan kempen ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat.

*dipetik dari Utusan Malaysia Online*

.................................................................................................................

Sudah agak lama saya tidak melayari massa untuk mengikuti perkembangan semasa kerana kekangan tempoh peperiksaan yang masih lagi berlansung. Namun begitu, saya masih sempat menjenguk seketika ke laman-laman akhbar tempatan dan yang paling menarik perhatian saya ketika apabila terbaca salah satu artikel yang bertajuk BN Menang, KEDAH senang. Tidak saya duga di celah-celah kemelut yang melanda negeri Selangor, perbahasan Isu Baiah, persidangan tindakan tatatertib PAS, penangkapan Dr. MAZA dan lain-lain, masih lagi punyai ruang berita buat negeri kelahiran saya ini.


Pertama kali membaca artikel ini, saya termenung sendirian apabila memikirkan kondisi atau keadaan politik Malaysia yang semakin complicated. Entah la,setiap pihak hanya memikirkan kepentingan masing-masing dan yang menjadi mangsa keadaan ialah rakyat harmain. Barisan Nasional sibuk dengan 1 Malaysianya...PAS sibuk dengan ahli-ahlinya yang asyik mencipta masalah...PKR semakin kucar-kacir...MCA hilang arah tuju dan macam-macam lagi karenah politik negara hari ini. Rakyat sudah semakin muak denga suasana seperti ini. Pelbagai slogan diuar-uarkan, namun hasilnya di mana? Jawapannya, rakyat masih di tampuk yang sama, yang semakin hebat dan meletup ialah mereka yang terlibat sahaja.

Tulisan saya pada kali ini tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak. Saya selaku mahasiswa dan rakyat Malaysia yang punya kesedaran merasa bimbang, tambahan pula melihat suasana politik hari ini. Terlalu banyak penipuan, terlalu banyak propaganda, terlalu mendalam dendam yang terpendam antara satu sama lain. Sehinggakan institusi-institusi agama turut dikambing hitamkan. Para ulama' mula bertekak sesama mereka dan yang pasti rakyat tidak bodoh untuk terus dibelengu dengan sandiwara politik ini. Saya amat yakin dan percaya,ada pihak yang sedang melompat suka melihat keadaan ini.

Isu-isu yang dibangkitkan semenjak kebelakangan ini, saya kira hanya satu mainan politik kampung. Pemimpin-pemimpin negara asyik bertelagah dan media pula bertindak sebagai batu api yang langsung tidak dapat dihalang, bukannya pemudah cara,bahkan merekalah yang memburukkan lagi keadaan. Rakyat pula,hanya melihat dan menggeleng. Aduh! sesak dada saya bila melihat suasana ini. Hanya segelintir sahaja yang berusaha untuk memulihkan keadaan, yang lain hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.

Kembali semula kepada slogan BN menang, KEDAH senang. Saya kira rakyat sudah bosan dengan slogan-slogan dan ideologi yang cuba dibawakan oleh mana-mana pihak sekalipun. Mana tidaknya, merancang memang hebat namun tiada perlaksanaan untuk rakyat. Politician hari ini perlu sedar, rakyat Malaysia hari ini, bukan seperti 50 tahun yang lepas. Begitu juga rakyat negeri Kedah yang kini semakin maju. Namun saya bimbang, kalau-kalau apa yang dinikmati rakyat Kedah hari ini bakal disabotaj untuk kepentingan politik semata-mata seperti mana yang berlaku di beberapa negeri lain.

Selaku warganegara yang prihatin,saya merasakan, kepimpinan di setiap peringkat, sama ada negeri atau negara sekalipun haruslah bertindak matang dan rasional. Mereka sewajarnya mencerminkan leadership yang adil dan telus tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir lain. Jangan sesekali menjadikan politik sebagai gelanggang bergusti kerana akhirnya, kedua-dua pihak akan sama-sama sakit dan cedera walaupun ada pihak yang menang,namun pemenang juga berada dalam kondisi yang tenat. Kesannya, penyokong hanya bersorak ketika itu sahaja, selepas itu, mereka akan meninggalkan si pemenang yang keletihan dan cedera itu sendirian . Jadinya,kemenangan itu langsung tidak membawa sebarang perubahan kpd orang lain.

Pemimpin pada hari ini perlu memahami tugas sebenar mereka. Jawatan yang dipegang bukan satu kebanggaan namun satu tanggungan yang akan dipersoalkan. Alangkah amannya dunia ini sekiranya semua pemimpin negara kita mengambil iktibar daripada hadis Junjungan SAW kita ini :

َنْ اَبِي مَعْقِلْ بن يسار رضى الله عنه, قال سمعتُ رسول الله (ص) يقول :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً, يَمُوتُ يَومَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعْيَتِهِ, اِلَا حَرَّمَ الله عليه الجنة.

- متفق عليه-

Mafhumnya :Tidak ada dalam hamba yang diberi Allah kuasa untuk menguruskan rakyat, apabila dia mati, dan pada hari dia kematian itu, dia dalam keadaan berbohong kepada rakyatnya,maka Allah SWT mengharamkan baginya syurga

Sebagai penutup,ayuh kita renung dan fahami pengertian hadis ini.Sekiranya semua manusia memahami bahawa kepimpinan bukanlah perkara mainan,pasti dunia ini akan ditadbir dengan baik. Bagi saya,selagi mana kita tidak kembali kepada Islam,selagi itulah suasana dunia hari akan terus kacau-bilau. Sekadar pandangan peribadi sahaja.
.: MEMBINA KREDIBILITI MUSLIM :.
DIBAWA KHAS UNTUK KITA SEMUA



"BROTHERHOOD OF MUSLIM CAMP 2009"


Berikut adalah maklumat lengkap mengenai broMC 09' ini :

Tarikh : 22 November 2009 - 24 November 2009
Tempat :Kem Sri Raudah,Gombak
Setiap penyertaan disertakan dengan sijil

Nak mendaftar??? Mudah saja!!!
Banyak caranya, pilihlah yang paling mudah buat diri anda...


Melalui handset :

Anda boleh berhubung dengan :

  • Zulkornain (Pengarah) 019-45805872.
  • Mashitah Sakinah (Tim.pengarah) 013-22208353.
  • Maisarah (Perhubungan awam) 013-96704934.
  • Safwan (Perhubungan awam) 014-8408219

Smskan nama,fakulti,alamat semasa,ic dan no matrik anda

Guna EMEL pun boleh!!!

BroMC09@gmail.com/

JANGAN lupa, untuk maklumat lanjut dan pendaftaran secara online, layarilah laman broMC 09' di

http://bromc09.blogspot.com/


PESANAN KHAS... anda BERMINAT??? tapi tidak sempat nak SMS or surf internet??? Jangan bimbang... PENDAFTARAN AKAN TERUS DIBUKA SEHINGGA HARI PROGRAM. JADI ANDA MASIH BOLEH MENDAFTAR DI SANA...terus saja ke sana...

MUDAHKAN??? SO, JANGAN TUNGGU APA LAGI. JOM BERSAMA KITA TOPUP ILMU, TAMBAH KENALAN N REHATKAN DIRI DI SANA!!!! MESTI BEST PUNYA.......
.: Ilmu & Pena Senjataku :.

Assalamualaikum wbt...


Salam imtihan buat teman-teman yang sedang getir berjuang untuk final exam di kampus masing-masing. Salam penuh kerinduan buat keluarga tersayang, terutamanya mak dan abah. Terlalu lama blog ini ditinggalkan kesunyian atas banyak perkara yang tidak dapat saya elakkan. Ditambah pula dengan kekangan masa untuk menghadap laptop terlalu lama.

Namun begitu, alhamdulillah...petang ini Allah SWT telah memberi saya sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi hal kondisi saya ketika ini bersama sahabat-sahabat. Dalam tempoh berlansungnya final exam ini, terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang melucukan dan tidak kurang jugak yang mengharukan jiwa. Kalau saya di Universiti Malaya ini, sudah tiga paper saya tempuhi. Syukur ke hadrat Allah atas rahmatNya dapat juga saya hadapi ketiga-tiga paper dengan baik walaupun kebimbangan yang melanda hati ini agak dahsyat. (ni kes study x abih la...)

Apa yang melucukan saya sepanjang minggu exam ini, semua orang nak jadi BAIK. Maksudnya, semua orang tak mengutuk cikgu, semua orang saling mintak maaf dan yang paling penting semua orang suka baca buku. Sebenarnya semua ini perkara yang baik, cuma yang menjadikannya lucu bila ia diamalkan secara bermusim. Bila exam menjelma, apa lagi semua pun jadilah begini. Saya dan roomate tersenyum bila masing-masing menerima mesej pada malam peperiksaan, ada yang cukup-cukup touching dan ada juga yang cukup-cukup lawak. Sebenarnya,masa tu terasa macam nak sambut Hari Raya pulak, sebabnya terlalu banyak mesej yang masuk macam malam raya pulak. Hakikatnya, semua inilah yang menjadi muhasabah dan penghibur kepada saya di saat-saat getir itu. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk mendoakan kejayaan kita bersama.

Sepanjang minggu exam ini jugalah, tak sanggup rasanya menatap lama wajah sahabat-sahabat seperjuangan yang amat saya kasihi. Kerana apa??? Kerana saya terlalu kagum melihat semangat dan keazaman yang terpasak dalam diri masing-masing. Antara kami semua, terjalin kasih yang terlalu jitu sehinggakan masing-masing cuba saling menguatkan teman-teman agar tidak tewas sebelum berperang. Walaupun tanpa bicara, kami cukup memahami kondisi masing-masing yang sedang berusaha yang terbaik untuk final exam ini sebab kami mengerti bahawa natijah exam ini pasti ditanya oleh mad'u-mad'u kita di luar sana. Andai ada yang kelihatan lemah, mereka tidak akan dibiarkan, akan kami genggam erat tangan mereka dan akan kami jadikan bahu-bahu kami ini sebagai alas air mata sahabat-sahabat. Sekali lagi aku bersyukur kerana diletakkan bersama-sama mereka yang amat kucintai ini. Kalian tidak pernah dilupakan dalam setiap doaku.

Dalam peperiksaan inilah segala ilmu yang dipelajari akan diuji tahapnya. Sejauh mana kepintaran seseorang itu akan mula dilihat. Di sinilah ilmu yang kita ada mula berpencak di gelanggang. Bagi saya, ilmu dan pengalaman di luar kuliah amat membantu saya dalam menempuhi peperiksaan ini. Memetik kata-kata pujangga Arab yang bermaksud...

" Ilmu tanpa amal, Ibarat pokok yang tidak berbuah..."

Sebelum saya mengakhiri tulisan, suka untuk saya mengajak semua kembali merenung kata-kata yang selalu kita dengar dan sebut ini. Sebagai seorang anak muda yang bergelar mahasiswa, seharusnya kita mangaplikasikan segala apa yang telah kita curahkan dalam kertas jawapan dalam kehidupan kita. Cuba kita bayangkan, andai semua yang kita pelajari diaplikasikan, pasti kita tidak akan mudah diperkotak-katikkan, pasti kita tidak akan menjadi pokok yang tidak berbuah dan kita pasti akan memberikan impak yang besar dalam membangunkan agama. Rugilah bagi mereka yang punya ilmu di dada namun tidak memanfaatkannya untuk Islam hanya sekadar wasilah untuk mendapat 4 pointer dunia bukannya Jannah Allah yang abadi...fikir2kanlah... Kita ini nak jadi insan yang berilmu dan berguna atau insan yang berilmu tapi sebenarnya jahil??? Jentik minda dan tanya iman.(^_^)


  • who am I

    My photo
    I want to die with my forehead on the ground, the SUNNAH in my heart, ALLAH on my mind, QURAN on my tongue and tears in my eyes.

    aturan hidup

    terus berlalu

    syifa' qalbi

    syifa' qalbi

    my bodyguard (^_^)

    my bodyguard (^_^)

    my brother blog

    bumi tarbiyyahku

    bumi tarbiyyahku

    lembah tarbawiku

    lembah tarbawiku

    medan realitiku

    medan realitiku

    my_MMAS

    pro-m

    pro-m

    together with

    kompas serikandi