Assalamualaikum wbt...
Salam perjuangan dan salam mahabbah kepada semua. Sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat di petang yang mendung ini. Seorang sahabat ana ada bermesej dengan ana dan memohon sedikit tashjie' daripada diri yang lemah ini. Saya akui, semenjak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita diuji. Almaklumlah,dalam fasa berlansungnya final exam ini berbagai-bagai macam bentuk ujian. Ada yang Allah SWT uji dengan kesihatan,keluarga,kewangan dan hati.Saya sendiri tidak dapat menafikan yang diri ini turut mengalami suasana yang sebegini.Namun begitu, alhamdulillah...Allah masih memberi sedikit kekuatan buat diri saya untuk terus berdiri dan melangkah menghadapi segala mehnah yang diberikan ke atas diri saya ini. Cuma satu yang dapat saya kongsikan... Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya:" Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadaMu(wahai Muhammad) tentang Aku, (maka jawablah) sesungguhnya Aku ini dekat, Aku menjawab seruan orang yang berdoa kepadaKu apabila dia berdoa. Maka hendaklah dia menjawab seruanKu (menunaikan perintahKu) dan beriman kepadaKu,agar supaya mereka selalu berada di atas petunjuk" <2:186>
BERDOALAH!!! Inilah harapan yang Allah SWT hadiahkan buat hamba-hambaNya agar kita yang lemah ini tidak berputus asa. Saya yakin, ramai yang akan berkata, 'dah doa la' ataupun 'dah larat nak doa still macam ni jugak' . Ini antara respon yang saya dapat kalau saya bercakap mengenai doa. Itulah silap kita, berdoa namun tiada keyakinan kepadaNya, macam manalah ALLAH nak maqbulkan. Jangan dipisahkan antara doa dan keyakinan dalam kehidupan ini. Keyakinan dan pengharapan perlu ada dalam setiap doa kita.
Cuba bayangkan andainya,dengan mudah kita mengaku kalah lalu berputus asa terhadap Allah dalam sesuatu perkara,dalam kata lainnya,bermaksud kita langsung tidak menghargai apa yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tidak kisahlah, seberat mana pun ujian yang melanda, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk mengahadapinya. Jangan sesekali kita melupai bahawa Allah itu senantiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dhaif ini.Renungkanlah sejenak, mungkin Allah berikan kita ujian ini kerana DIA hendak menghadiahkan sesuatu kepada kita. Apa hadiahnya??? Hanya hati kita saja yang tahu, inilah rahsia antara kita dengan ALLAH. Kita selalu merungut,kenapa mesti kita yang hadapi perkara ini? Kenapa kita yang diuji? Kenapa tidak orang lain? Jawapannya mudah, kerana Allah prihatin kepada kita. Dengan ujian ini kita akan lebih memahami kitaran kehidupan ini. Ada masanya kita senang, ada masanya kita susah. Itulah lumrah kehidupan. Biarlah beribu tribulasi yang melanda,dengan berbekal keazaman dan doa kepada ALLAH... InsyaAllah pasti segalanya dipermudahkan. Percayalah...Allah itu ada di sisi kita, DIA tidak pernah melupai hamba-hambanya.Akhir kalam,wahai teman-temanku, usahlah bimbang atau risau, ALLAH mendengar rintihan dan luahan masalah mu. Mana mungkin DIA akan membiarkan kita setelah DIA menguji kita, pasti ada hikmahnya. Mohonlah ampunan dan bantuan dariNYA. Janganlah sesekali kita mengharap selain dariNYA... Saya akhiri penulisan kali ini dengan maksud hadis Qudsi riwayat Muslim: 4674
" Wahai hamba-hambaKu! setiap siang dan malam kalian senantiasa berbuat salah, namun Aku mengampuni semua dosa, kerana itu, mohonlah ampunanKu agar aku mengampuni kalian...." *ayuh kita renungkan....(^_^)
" Doa adalah harapan yang menghidupkan"
Post a Comment