Assalamualaikum wbt...Salam imtihan buat teman-teman yang sedang getir berjuang untuk final exam di kampus masing-masing. Salam penuh kerinduan buat keluarga tersayang, terutamanya mak dan abah. Terlalu lama blog ini ditinggalkan kesunyian atas banyak perkara yang tidak dapat saya elakkan. Ditambah pula dengan kekangan masa untuk menghadap laptop terlalu lama.
Namun begitu, alhamdulillah...petang ini Allah SWT telah memberi saya sedikit ruang dan peluang untuk berkongsi hal kondisi saya ketika ini bersama sahabat-sahabat. Dalam tempoh berlansungnya final exam ini, terlalu banyak perkara yang berlaku di sekeliling kita. Ada yang melucukan dan tidak kurang jugak yang mengharukan jiwa. Kalau saya di Universiti Malaya ini, sudah tiga paper saya tempuhi. Syukur ke hadrat Allah atas rahmatNya dapat juga saya hadapi ketiga-tiga paper dengan baik walaupun kebimbangan yang melanda hati ini agak dahsyat. (ni kes study x abih la...)
Apa yang melucukan saya sepanjang minggu exam ini, semua orang nak jadi BAIK. Maksudnya, semua orang tak mengutuk cikgu, semua orang saling mintak maaf dan yang paling penting semua orang suka baca buku. Sebenarnya semua ini perkara yang baik, cuma yang menjadikannya lucu bila ia diamalkan secara bermusim. Bila exam menjelma, apa lagi semua pun jadilah begini. Saya dan roomate tersenyum bila masing-masing menerima mesej pada malam peperiksaan, ada yang cukup-cukup touching dan ada juga yang cukup-cukup lawak. Sebenarnya,masa tu terasa macam nak sambut Hari Raya pulak, sebabnya terlalu banyak mesej yang masuk macam malam raya pulak. Hakikatnya, semua inilah yang menjadi muhasabah dan penghibur kepada saya di saat-saat getir itu. Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sudi untuk mendoakan kejayaan kita bersama.
Sepanjang minggu exam ini jugalah, tak sanggup rasanya menatap lama wajah sahabat-sahabat seperjuangan yang amat saya kasihi. Kerana apa??? Kerana saya terlalu kagum melihat semangat dan keazaman yang terpasak dalam diri masing-masing. Antara kami semua, terjalin kasih yang terlalu jitu sehinggakan masing-masing cuba saling menguatkan teman-teman agar tidak tewas sebelum berperang. Walaupun tanpa bicara, kami cukup memahami kondisi masing-masing yang sedang berusaha yang terbaik untuk final exam ini sebab kami mengerti bahawa natijah exam ini pasti ditanya oleh mad'u-mad'u kita di luar sana. Andai ada yang kelihatan lemah, mereka tidak akan dibiarkan, akan kami genggam erat tangan mereka dan akan kami jadikan bahu-bahu kami ini sebagai alas air mata sahabat-sahabat. Sekali lagi aku bersyukur kerana diletakkan bersama-sama mereka yang amat kucintai ini. Kalian tidak pernah dilupakan dalam setiap doaku.
Dalam peperiksaan inilah segala ilmu yang dipelajari akan diuji tahapnya. Sejauh mana kepintaran seseorang itu akan mula dilihat. Di sinilah ilmu yang kita ada mula berpencak di gelanggang. Bagi saya, ilmu dan pengalaman di luar kuliah amat membantu saya dalam menempuhi peperiksaan ini. Memetik kata-kata pujangga Arab yang bermaksud...
" Ilmu tanpa amal, Ibarat pokok yang tidak berbuah..."
Sebelum saya mengakhiri tulisan, suka untuk saya mengajak semua kembali merenung kata-kata yang selalu kita dengar dan sebut ini. Sebagai seorang anak muda yang bergelar mahasiswa, seharusnya kita mangaplikasikan segala apa yang telah kita curahkan dalam kertas jawapan dalam kehidupan kita. Cuba kita bayangkan, andai semua yang kita pelajari diaplikasikan, pasti kita tidak akan mudah diperkotak-katikkan, pasti kita tidak akan menjadi pokok yang tidak berbuah dan kita pasti akan memberikan impak yang besar dalam membangunkan agama. Rugilah bagi mereka yang punya ilmu di dada namun tidak memanfaatkannya untuk Islam hanya sekadar wasilah untuk mendapat 4 pointer dunia bukannya Jannah Allah yang abadi...fikir2kanlah... Kita ini nak jadi insan yang berilmu dan berguna atau insan yang berilmu tapi sebenarnya jahil??? Jentik minda dan tanya iman.(^_^)
Post a Comment