Assalamualaikum wbt...Dalam post kali ini saya tujukan khas buat adik tersayang AHMAD FAIZ B. AHMAD YUSOF yang akan menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) yang akan menjelma tidak lama lagi. Dia kini sedang menuntut di SMA Al-Madrasah Al-Diniah, Arau, Perlis. Merupakan adik saya yang kedua. He is my third bodyguard (hehe). Yang first, of course la abah... yang second pula sedang menuntut ilmu di UIA. Faiz seorang yang baik hati , anak yang taat, suka tolong orang dan pastinya dia merupakan seorang adik yang amat baik.
Cepat betul masa berlalu, seingat saya, masa kecil dahulu...sayalah yang selalu menghantarnya ke TASKI di masjid dekat dengan rumah masa tu. Sekarang dah besar panjang pun, bahkan ramai pula yang cakap adik-adik saya ni macam abang saya. Aduh, terasa muda la pula. Apa-apa pun saya berbangga punyai adik-adik seperti mereka.Buat adikku faiz...Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Jika 3 tahun lepas,kakak pernah di tempatmu, diikuti dengan abang dan kini tiba giliran faiz pula berjuang. Hanya satu pesan kakak, semakin dekat kita dengan tarikh peperiksaan, dekatkanlah diriMu dengan Pemilik Alam ini sedekat yang mungkin kerana hanya Dialah yang mengetahui segala apa yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan. Akak teramat percaya dan yakin, Allah tidak akan pernah mensia-siakan usaha kita dalam melakukan sesuatu perkara.
Jadikanlah seminggu yang terakhir ini sebagai tempoh untuk faiz berusaha sebaik mungkin dan manfaatkanlah setiap waktu yang masih berbaki ini. Fokus dengan kejayaan. Pasak dalam diri, FAIZ BOLEH BERJAYA!!! Buktikan kepada semua, yang faiz boleh yang terbaik demi masa depan faiz nanti. Ingatlah adik, kejayaan itu tidak mustahil untuk dimiliki oleh setiap insan. Dunia akhir zaman ini memerlukan generasi Islam yang mampu ke hadapan. Akak sentiasa mendoakan agar adik-adik akak ini mampu menjadi harapan ummah di masa hadapan. Tuntutlah ilmu seikhlas mungkin, kerana ilmu itu nuur dan ianya tidak akan masuk ke dalam hati-hati yang dipenuhi dengan maksiat. Jauhilah setiap larangan Allah SWT. InsyaAllah...dirimu akan senantiasa diredhai.
Jangan lupa mohon ampun dengan mak,abah,cikgu-cikgu dan kawan-kawan, selagi mana ada insan yang terasa hati dengan kita, selagi itulah doa dan usaha kita akan terhijab dengan Allah. Mak dan abah lah insan yang paling bimbang memikirkan tentang diri kita. Sudah terlalu banyak yang mereka korbankan buat kita adik-beradik dan inilah masanya faiz nak membuktikan pada mak dan abah bahawa apa yang mereka berikan pada faiz tidak pernah disia-siakan.
Berusahalah dan berdoalah selalu, tanam tekad dalam hati untuk berjaya di dunia dan akhirat. Akhirnya. akak selalu mendoakan kejayaan buat adik-adik akak. So, janji pada diri untuk buat yang terbaik ya. Jangan hampakan harapan insan-insan yang kita sayang. Saat diri terasa malas, faiz kena ingat balik segala pengorbanan mak dan abah buat kita adik-beradik. InsyaAllah, kejayaan mengiringimu. Satu prinsip yang akak selalu pegang sewaktu nak menghadapi peperiksaan... "kejayaan kita merupakan kebanggaan buat Islam, namun, kegagalan kita merupakan fitnah terbesar buat Islam kerana kita pejuang Islam"
USAHA + AZAM + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN FAIZ (^_~)So, renung-renungkanlah... Bittaufiq wan najjah fil imtihan, uhibbuka jiddan ya akhie!!!
Post a Comment