.: Sayonara Nilam Puri :.

DARI MAAHAD KE NILAM PURI

Ayunan tarbiyah ku bermula dari maahad hinggalah ke Nilam Puri. Terkadang aku tersenyum sendiri mengenang kejahilan dalam diri. Jika satu masa dulu,berat benar hati melangkah ke Nilam Puri kerana matlamat utamaku STAM!!! Tidak pernah aku terifikir untuk bergelar Mahasiswi Universiti Malaya satu hari nanti. Inilah perancangan Allah S.W.T untuk diriku. Dari bumi Kedah aku bermuqim di Kelantan kerana ilmu, tidak aku sangka temph 2 tahun akan berlalu sebegini pantas. Jika satu masa dulu,aku bimbang andai biah yg ku bina dalam diri tergugat tetapi Alhamdulillah, aku dilempar ke lembah tarbawi untuk terus mengukuhkan lagi tapak binaan dalam diriku ini. Kini, Nilam Puri akan menjadi seperti Maahad Mahmud buatku...kedua-duanya akan terus menjadi kenangan yang terindah dalam hidupku. Apa yang aku pasti, aku terlalu sayang dan cintakan 2 lembah ini. Di sinilah aku mengenal erti ilmu,tarbiyah,ukhwah,tadhiyyah dan segalanya.

TIADA NOKTAH

Aku tahu,perjuangan ini tiada noktahnya. Jika dulu di maahad aku mula merangkak, di nilam puri aku bangun berjalan, maka di kuala lumpur aku akan berlari. Pastinya larian aku tidak keseorangan. Aku akan pastikan larian ku diiringi teman-teman seperjuangan yang bersama berikrar untuk memastikan ISLAM kan tertegak di atas muka bumi ini. Larian ini tidak akan terhenti hinggalah kita bertemu garisan penamat yang hakiki. Benarlah kata seorang temanku, Nilam Puri hanya dunia pra pra realiti, kampus Kuala Lumpur pula dunia pra realiti dan dunia realiti yang sebenarnya adalah lapangan masyarakat hari ini. Jelaslah pada kita, bahawa perjuangan Aqidah ini tiada noktahnya hingga tiba satu saat kemenangan atau syahid yang akan kita kecapi.

TEMAN-TEMANKU


Tiada kata atau ungkapan yang mampu kuucapkan sebagai tanda pengharagaan kerana sudi menerima aku sebagai teman kalian sepanjang liku perjuangan ini. Ukhwah yang terbina antara kita terlalu indah. Dari maahad hingga ke nilam puri, Allah telah menghadiahkan aku ikhwah dan akhawat yang terlalu berharga. Saat diri terasa lemah dan longlai, akan ku kenang kisah persahabatan yang terlakar antara kita, terlalu unik dan indah. Bagiku, kalian ibarat kiambang di tasik yang saling bertaut dan menguatkan antara satu sama lain, walau apa yang melanda, ia masih kukuh bertaut, subhanallah. Biarlah, kita dihina kerana memperjuangkan AGAMA, jangan sampai kita dipuji kerana mempermainkan AGAMA. Ya Allah, Engkau kuatkanlah ikatan antara hati-hati ini, bertemu dan berpisah kami hanya kerana Engkau Ya Rabbi...

GENERASI BARU YG TELAH DINANTI

Hadir kami untuk bersama memperjuangkan agenda Aqidah. Insyaallah, kita akan pastikan segala yang kita terima ini mampu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita. Hadir kita adalah untuk mengisi ruang-ruang kemenangan yang ada. Bangunlah SYABAB!!!! kan kita buktikan, hadir kita ada nilainya buat Islam tercinta. Nahnu Hawariyyun...takbir!!!
.: KASIH SAHABAT:.



Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi
dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang
memahami kita.

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat,begitu juga dia.

Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang
harapan dan perasaan kita.

Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya.

Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita
terlupa, kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan, 'memaksa'dia menerima alasan kita.

Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya??? Seperti kita, dia juga
tahu rasa kecewa....tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang kawan yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukan dia.

Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan, harapan dan impian kita luahkan, dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.


Selalunya kita terlalu asyik bercerita tentang diri kita hingga
kadang-kadang terlupa kawan kita juga ada cerita yang ingin dikongsi bersama
kita.

Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa
bimbangnya, rasa takutnya?

Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?

Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya seperti mana dia meniup semangat setiap kali kita merasa kecewa dan menyerah kalah?

Dapatkah kita yakinkan dia bahawa kita boleh dipercayai, kita boleh
dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia sandarkan harapan?

Sesekali jadilah kawan yang mendengar dari yang hanya bercerita.

Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan kawan, kerana
dia juga seorang manusia,dia juga ada rasa takut, ada rasa...bimbang,
sedih dan kecewa.

Dia juga ada kelemahan dan dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu.


Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangka.

Disebalik senyumannya itu, mungkin banyak cerita sedih yang ingin
diluahkan,disebalik kesenangannya,mungkin tersimpan seribu kekalutan,kita
tidak tahu.......tetapi jika kita cuba jadi sahabat seperti dia,mungkin kita akan tahu.


*sekadar renungan bersama....


Buat teman2 seperjuanganku...


Syukran, thankz, n toce kerana sudi menjadikan aku sahabat dalam perjuangan kalian. Sesungguhnya, ukhwah yang terbina ini akan terus terpahat di kalbuku... biar terpisah di dunia,namun hatiku ini penuh keyakinan yang kita akan bertemu di negeri abadi nanti...kerana itulah ikrar kita...uhibbukunna fillah abadan..






f.r.i.e.n.d.s

If you Love someone,

Put their name in a circle,

Instead of a heart,

Because hearts can break,

But circles go o­n forever.


Everyone hears what you say.

Friends listen to what you say.

Best friends listen to what you don't say.


If all my friends were to jump off a bridge,

I wouldn't jump with them,

I'd be at the bottom to catch them.


Don't frown,

Because you never know who's falling in love with your smile!

If you judge people, you have no time to love them.


Be kind,

For everyone you meet is fighting a harder battle.

It may take o­nly a minute to like someone,

Only an hour to have a crush o­n someone

And o­nly a day to love someone

But it will take a lifetime to forget someone.

Enthusiasm is contagious.

You might cause an outbreak and affect many.


Yesterday is the history,

Tomorrow is a mystery.

Today is a gift,

That is why it is called the present.

Dance like nobody's watching,

and love like it's never gonna hurt.


_MISS ALL of YOU_