_salam maulidurrasul_


LAHIRMU MEMBAWA SINAR YANG TIADA KUNJUNG MALAP CAHANYA....
AKU MERINDUIMU....


AKU BERBANGGA MENJADI UMATMU YA RASULULLAH...

BANGGAKAH DIKAU DENGAN DIRIKU???
MAAFKAN AKU WAHAI KEKASIH ALLAH....


"Aku bersaksi sesungguhnya tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah..."

Inilah ikrarku dan baiahku denganMu ya Rabb... Engkau tetapkanlah hati ku ini dalam jalan perjuangan ini... Kau tahu sungguhnya dunia ini hanya singgahan buat kami... Ya Allah, cukuplah sekadar dunia ini dalam tanganku, jangan sampai dunia ini berada dalam hatiku ini...

Ya Rasulullah S.A.W... Adakah aku akan bisa bersamamu di negeri abadi nanti? Di manakah kedudukan aku dalam kalangan umatmu yang ramai ini??? Cukupkah apa yang aku lakukan di dunia ini untuk menjadi bekalan ku bertemu denganmu... Jauh benar rasanya jurang antara dirimu yang terlalu agung dengan diriku yang terlalu hina dan kerdil ini. Aku berikrar untuk menjadi penyambung perjuanganmu...namun,terkadang aku terasa letih dengan badai yang mendatang...tapi apabila sirah dirimu ku singkap, hilang rasa kecewaku,meneliti mehnah perjuanganmu, namun kau tetap dengan pendirianmu.. HEBAT!!! hanya itu ungkapan ku buat insan teragung yang tidak pernah aku temui ini... Hanya satu harapanku, agar diriku ini bisa melihat dan bertemu dengan mu...i ngin benar melihat bibir insan yang menyebut ummati...ummati...ummati...di saat ajal bertamu....sesungguhnya,aku merinduimu...

SALAM KEJAYAAN BUATMU
NAK TAU SAPA DI SEBELAH???? NI LA BODYGUARD SAYA YG PERTAMA... YANG KEDUA MANA??? BIARLAH RAHSIA... SAMPAI MASANYA AKAN SAYA KHABARKAN....

Sekadar gurauan dari seorang kakak buat adik tersayang...
TAHNIAH!!!! TAHNIAH!!!! Hanya ini ungkapan yg mampu akak hadiahkan buat dirimu yg telah berusaha sedaya mungkin untuk mencapai yang terbaik dalam hidupmu. Inilah rezeki Allah S.W.T takdirkan untuk dirimu dalam SPM 2008.

Sekadar perkongsian kegembiraan seorang kakak dengan kejayaan adiknya...


Buat adikku farhan...


Aku benar2 bersyukur kerana dianugerahkan adik2 yg terlalu baik dan bermakna untukku di dunia ini, hadir kalian menambah seri dalam hidupku...kalian hanya pinjaman Ilahi buatku di dunia yg fanaa ini. Saat kita meningkat dewasa, gembira rasanya tika melihat engkau terus melangkah maju dalam hidupmu... Kejayaan demi kejayaan kau kutip sebagai bekalan di masa hadapan.

Aku,sebagai seorang kakak,terlalu bangga punyai adik sepertimu.
Engkau bawa sinar kegembiraan di raut wajah mak abah, kau ukir senyuman di bibir dua insan tersayang...Andai kita bahagia, pasti mereka lebih bahagia kan... Menitis air mata akak saat mendengar suara mak yg terlalu gembira dlm handset,menyampaikan berita kejayaanmu dlm SPM nie... Akak yakin,mesti dek mad agak nervouskan...tp akak juga yakin debar di hati mak abah mesti lebih hebat dari kita..kerana merekalah insan yg bisa mengorbankan segalanya demi kejayaan kita adik beradik...

Akhir kalam dariku,jadikanlah kejayaan ini sbg satu wasilah utk dek mad lebih mendekatkan diri dengan Tuan Empunya Kejayaan...ALLAH...Dialah yang selayaknya menerima syukurmu... Teruskanlah kejayaanmu ini...Dikau harapan mak abah,akak n adik2. Dikaulah kebanggaan kami. Semoga dikaulah mujahid agama yang dinanti....

Jadilah hamba Allah yg sentiasa berusaha utk mentaati segala perintahNya, jadilah seorang yg cintakan agama walau di mana dikau berada dan jadilah anak yg soleh dan yg sentiasa membahagiakan kedua ibu bapanya...jangan lupa berkongsi ilmu dengan akak n adik2 k... Thanks 4 being my good brother....uhibbuka fillah ya akhie...


* inilah insan2 yg sentiasa mendokan kejayaan kita....moga kita bisa terus mengukir senyuman di bibir mereka....abah,mak,faiz n insyirah....

p/s : buat pait yg akan ambik SPM tahun nie...study hard k! Kejayaan tidak akan dtg bergolek tanpa pengorbanan dari kita... adik in, do da best in UPSR tau... ikut cam akak n abg2...hehe


_ untukmu & untukku...MUSLIMAH_

Duhai PUTERIKU...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan
Melimpahkan nyaman pada malam...
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan...

PUTERIKU...
Dengan apa yang kau miliki
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk seluruh dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kau sedari...ia bisa memusnahkan dirimu...

Duhai PUTERIKU...
Balikkanlah cermin di hadapanmu buat seketika...
Palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah pada dirimu...
Kita bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia!!!
Kecantikan,keayuan dan kejelitaanmu adalah fana belaka...
Balutan gemerlap permata dan intan hanyalah hiasan semata...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang di langit...

SEDARLAH PUTERIKU!!!!
Hidup kita ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu yang mulus itu...dan bisikkan padanya...
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan ukhrawi...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna...
Biar hadir kita membawa erti...
Agar seisi dunia bisa merasakan rahmat hadirmu itu...

Wahai Muslimah Sejati...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lantas membuka ruang buat mereka yg tidak punyai hak atas dirimu...
Sesungguhnya kau ciptaan Ilahi yang indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yg dimiliki...

Teman2ku....
Pasakkan keyakinan...
Allah Rabb kita...
Tiada pernah kita keseorangan...
Dialah peneman kerana DIALAH kekasih yang AGUNG....
Hidup dan mati kita hanya milikNya kerana DIA pemilik CINTA yang sebenar...


* Sekadar perkongsian dari penulis... Baru2 ini telah berlangsung Karnival Pendidikan bermuladari 4 hingga 6 MAC 2009 di tempat pengajianku... Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Banyak aktiviti yang telah dijalankan, antaranya Karnival Bahasa Arab, Debat Kepenggunaan dan banyak lagi... Dalam banyak2 aktiviti tue, ada satu program khusus buat insan-insan yang bergelar perempuan,wanita,gadis dan seumpamanya... Nak tau tak apa yang menarik dalam slot tue??? Tajuknya, CINTA : Dilema Muslimah Masa Kini. Ku kira tajuk ini sesuai sangat untuk para pelajar terutamanya untuk kita yang sedang meningkat dewasa.. Ada sesi soal jawab, dan bagiku inilah peluang untuk bertanya kepada org yg lebih berpengalaman. Respon yg diberikan juga baik sekali...ye la,kalau cakap bab nie, memang ramai kan yang nak bagi respon masing2. Terus la kepada kesimpulan yg boleh ku ambil sepanjang hampir 2 jam mendengar... KEJARLAH CINTA ALLAH NESCAYA CINTA2 LAIN AKAN HADIR TEPAT PADA MASA & TEMPATNYA.. YANG TERAGUNG ADALAH CINTA ILAHI & RASULNYA, YANG UTAMA CINTA IBU BAPA & KELUARGA, YANG PENTING CINTA ILMU, YANG PERLU DIJAGA CINTA INSANI...