.: Ketika Cinta Kami Bertasbih :.
Saat kaki ini mula melangkah ke bumi yang aku kira begitu asing buat diri, terlalu banyak yang bermain di benak fikiranku. Bumi apakah ini? Ok k orang kat sini? Boleh k nak kawan ngan org yang berbeza negeri,pemikiran n latar blkg pendidikan ni? Ada x yang bisa menggantikan teman2 setarbiyyahku seperti di sekolah? Aduh,terasa berputar-putar alam ini saat semua persoalan ini menerjah.

UM...bukan impianku!!! Azhari,Bumi anbia',Timur Tengah...itu idamanku!!! Kenapa mesti begini? Jiwaku menjerit saat kaki melangkah ke pendaftaran Kolej Kediaman Al-Malik Khalid,Universiti Malaya Nilam Puri.

Masa terus berlalu, aku meneruskan agenda hidupku,aku cuba menyembunyikan diri dari tugasan sebagai Khalifah, namun terlalu berat dosa dan perasaan bersalah merundung diri yang sepi ketika itu...sehingglah,'mereka' datang... membawa sinar persahabatan bersulam kasih Ilahi kepadaku...SIAPA 'mereka'?????

................................................********.............................................................

Aku terus melangkah. Dengan langkahan yang semakin rancak bertempokan larian. Namun, larianku tidak sendirian. Aku ditemani 'mereka'. 'Mereka' yang hadir tanpa kuundang dan tidak pernah meninggalkanku. Pelik benar aku dengan 'mereka', masih mampu tersenyum walau tidak dipelawa masuk. Namun, aku bertambah pelik bila mana hati kecilku langsung tidak menolak kunjungan 'mereka',senyuman 'mereka' bisa mendamaikan jiwaku ini. Siapa 'mereka' ini? Untuk apa datang bertandang dalam kamus hidupku? Sebagai ganti kepada yang aku hilang kah?

Kini, telah hampir 3 tahun 'mereka' bersamaku membina 'rumah idaman' kami. Rumah yang hanya bertiangkan perjuangan, berlantaikan kasih sayang, berbumbungkan kejujuran dan berdindingkan kesetiaan. Hingga kini rumah ini kukuh berdiri, walau terkadang ada badai yang sengaja mengetuk pintu rumah itu,tetapi kami tidak akan mengizinkan ia masuk walau seketika cuma. 'Mereka' dan aku sentiasa berusaha untuk menjaga rumah ini, kami warnai dindingnya dengan warna kehidupan yang realiti, kami semai benih-benih penghambaan di sekeliling rumah agar ia tumbuh menjadi perisai yang kukuh kepada rumah kami.

Aku dan 'mereka' hanya insan biasa yang terkadang mengundang hujan air mata menyapa ke bumbung rumah kami kerana kami diuji dengan kemarau yang berpanjangan. Ada saatnya,kami merelakan hujan itu turun kerana dari hujan itu kami perolehi kekuatan untuk terus berlari bersama.Apabila hujan itu berhenti, 'mereka' selalu memberi keyakinan padaku bahawa cahaya mentari yg muncul selepas renyai itu sangat indah dan sekali lagi aku percaya akan 'mereka'

Saat aku mencoret kisah ini,'mereka' masih bersamaku tetapi hanya aku sendirian dalam rumah ini,mereka keluar bersiap siaga demi perjuangan. 'Mereka' keluar menyahut seruan semboyan jihad itu. Aku tahu 'mereka' ada disisiku namun tidak kelihatan pada mataku dan suara serta tawa 'mereka' jelas kedengaran namun tidak pada telingaku.
Kenapa??? kerana 'mereka' dalam hatiku. Biarlah seja................uh mana 'mereka' berlari, tiada satu jarak pun bisa menjauhkan 'mereka' dari aku kerana 'mereka' sentiasa dalam doaku dan jiwa kami hanya satu.

Aku mula mengerti segala-galanya dicatur Ilahi hanya untukku dan 'mereka'. Bila aku sedari???

"Ketika Cinta Kami Bertasbih"

Ketika cinta kami bertasbih, aku jadi begini...
Ketika cinta kami bertasbih, aku rela membiarkan 'mereka' terus pecut berlari
Ketika cinta kami bertasbih, 'mereka' tidak pernah melepaskan tanganku
Ketika cinta kami bertasbih, aku redha menjadi sumber keceriaan buat 'mereka'
KERANA CINTA KAMI BERTASBIH HANYA DEMI PERJUANGAN...

Dengan 'mereka' aku lebih matang dalam menempuhi liku-liku pejuangan.
Dengan 'mereka' aku lebih dekat pada yang SATU
Dengan 'mereka' aku lupa kedukaan
Dengan 'mereka' aku terkadang luka
Dengan 'mereka' aku melakar kanvas hidup mudaku...

'Mereka' hanya ku gelar C*****12
'Mereka' hanya ku yang kenal
'Mereka' hanya ku pinjam dari Pemilik
'Mereka' hanya ku cinta demi perjuangan
'Mereka' hanya ku temui dalam wadah jihad ini

~'MEREKA' selamanya di hatiku~

Andai tuntutan dunia memisahkan 'mereka' dari aku ya ALLAH... KAU Maha Berkuasa, temukanlah kami dalam redhaMu di Istana JannahMu andai 'mereka' dan aku layak mendapatnya. Satukanlah kami dalam satu usroh yang bernaqibkan KekasihMu ya Rabbi... ameen.. Selamat Berjuang buat 'mereka'!!! Uhibbukum jamiiaan fillah...Doaku mengiringi larian kita bersama.
ATTENTION!!!
Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtera...

First of all,saya mohon kemaafan kerana telah berjaya membiarkan blog ini merindui bloggernya yang agak lama menyepi. Untuk makluman rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog ini, pemilik blog ini dlm proses menaik tarafkan blog tercinta ini. Buat masa sekarang, saya terpaksa memberikan fokus dan tumpuan dlm beberapa perkara yg lebih penting. So, wait 4 my new looking coming soon...

Sekian dahulu buat masa ini...bertemu kembali dlm laman yg lebih berinformasi.

- STUDENT POWER -