.: BN menang, KEDAH senang ??? :.

ALOR SETAR 8 Nov. - UMNO Kedah akan melancarkan kempen 'Barisan Nasional (BN) Menang Kedah Senang' bagi menyuntik semula semangat ahli-ahli parti untuk terus bekerja keras bagi menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, slogan itu dipilih setelah semua ketua bahagian dan cawangan mengadakan sesi perbincangan untuk memantapkan lagi jentera parti.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan kempen tersebut pada Khamis depan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (Titi Serong).

"Slogan 'BN Menang Kedah Senang' ini dipilih untuk menggerakkan semangat dan tumpuan ahli-ahli BN bagi merampas semula negeri ini daripada tangan pembangkang," katanya ketika ditemui di sini semalam.

Beliau berkata, hanya dengan kembali kepada BN, barulah pembangunan negeri ini dapat digerakkan semula dengan baik dan rakyat akan mendapat faedah daripadanya.

"Kita akan bergerak berdasarkan slogan ini dan kita akan terus bekerja keras untuk menawan semula negeri ini," jelasnya.

Jelasnya, pelbagai program sudah diatur untuk memastikan kempen ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat.

*dipetik dari Utusan Malaysia Online*

.................................................................................................................

Sudah agak lama saya tidak melayari massa untuk mengikuti perkembangan semasa kerana kekangan tempoh peperiksaan yang masih lagi berlansung. Namun begitu, saya masih sempat menjenguk seketika ke laman-laman akhbar tempatan dan yang paling menarik perhatian saya ketika apabila terbaca salah satu artikel yang bertajuk BN Menang, KEDAH senang. Tidak saya duga di celah-celah kemelut yang melanda negeri Selangor, perbahasan Isu Baiah, persidangan tindakan tatatertib PAS, penangkapan Dr. MAZA dan lain-lain, masih lagi punyai ruang berita buat negeri kelahiran saya ini.


Pertama kali membaca artikel ini, saya termenung sendirian apabila memikirkan kondisi atau keadaan politik Malaysia yang semakin complicated. Entah la,setiap pihak hanya memikirkan kepentingan masing-masing dan yang menjadi mangsa keadaan ialah rakyat harmain. Barisan Nasional sibuk dengan 1 Malaysianya...PAS sibuk dengan ahli-ahlinya yang asyik mencipta masalah...PKR semakin kucar-kacir...MCA hilang arah tuju dan macam-macam lagi karenah politik negara hari ini. Rakyat sudah semakin muak denga suasana seperti ini. Pelbagai slogan diuar-uarkan, namun hasilnya di mana? Jawapannya, rakyat masih di tampuk yang sama, yang semakin hebat dan meletup ialah mereka yang terlibat sahaja.

Tulisan saya pada kali ini tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak. Saya selaku mahasiswa dan rakyat Malaysia yang punya kesedaran merasa bimbang, tambahan pula melihat suasana politik hari ini. Terlalu banyak penipuan, terlalu banyak propaganda, terlalu mendalam dendam yang terpendam antara satu sama lain. Sehinggakan institusi-institusi agama turut dikambing hitamkan. Para ulama' mula bertekak sesama mereka dan yang pasti rakyat tidak bodoh untuk terus dibelengu dengan sandiwara politik ini. Saya amat yakin dan percaya,ada pihak yang sedang melompat suka melihat keadaan ini.

Isu-isu yang dibangkitkan semenjak kebelakangan ini, saya kira hanya satu mainan politik kampung. Pemimpin-pemimpin negara asyik bertelagah dan media pula bertindak sebagai batu api yang langsung tidak dapat dihalang, bukannya pemudah cara,bahkan merekalah yang memburukkan lagi keadaan. Rakyat pula,hanya melihat dan menggeleng. Aduh! sesak dada saya bila melihat suasana ini. Hanya segelintir sahaja yang berusaha untuk memulihkan keadaan, yang lain hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.

Kembali semula kepada slogan BN menang, KEDAH senang. Saya kira rakyat sudah bosan dengan slogan-slogan dan ideologi yang cuba dibawakan oleh mana-mana pihak sekalipun. Mana tidaknya, merancang memang hebat namun tiada perlaksanaan untuk rakyat. Politician hari ini perlu sedar, rakyat Malaysia hari ini, bukan seperti 50 tahun yang lepas. Begitu juga rakyat negeri Kedah yang kini semakin maju. Namun saya bimbang, kalau-kalau apa yang dinikmati rakyat Kedah hari ini bakal disabotaj untuk kepentingan politik semata-mata seperti mana yang berlaku di beberapa negeri lain.

Selaku warganegara yang prihatin,saya merasakan, kepimpinan di setiap peringkat, sama ada negeri atau negara sekalipun haruslah bertindak matang dan rasional. Mereka sewajarnya mencerminkan leadership yang adil dan telus tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir lain. Jangan sesekali menjadikan politik sebagai gelanggang bergusti kerana akhirnya, kedua-dua pihak akan sama-sama sakit dan cedera walaupun ada pihak yang menang,namun pemenang juga berada dalam kondisi yang tenat. Kesannya, penyokong hanya bersorak ketika itu sahaja, selepas itu, mereka akan meninggalkan si pemenang yang keletihan dan cedera itu sendirian . Jadinya,kemenangan itu langsung tidak membawa sebarang perubahan kpd orang lain.

Pemimpin pada hari ini perlu memahami tugas sebenar mereka. Jawatan yang dipegang bukan satu kebanggaan namun satu tanggungan yang akan dipersoalkan. Alangkah amannya dunia ini sekiranya semua pemimpin negara kita mengambil iktibar daripada hadis Junjungan SAW kita ini :

َنْ اَبِي مَعْقِلْ بن يسار رضى الله عنه, قال سمعتُ رسول الله (ص) يقول :

مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً, يَمُوتُ يَومَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعْيَتِهِ, اِلَا حَرَّمَ الله عليه الجنة.

- متفق عليه-

Mafhumnya :Tidak ada dalam hamba yang diberi Allah kuasa untuk menguruskan rakyat, apabila dia mati, dan pada hari dia kematian itu, dia dalam keadaan berbohong kepada rakyatnya,maka Allah SWT mengharamkan baginya syurga

Sebagai penutup,ayuh kita renung dan fahami pengertian hadis ini.Sekiranya semua manusia memahami bahawa kepimpinan bukanlah perkara mainan,pasti dunia ini akan ditadbir dengan baik. Bagi saya,selagi mana kita tidak kembali kepada Islam,selagi itulah suasana dunia hari akan terus kacau-bilau. Sekadar pandangan peribadi sahaja.
Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment