.: Sekadar Peringatan Bersama :.

Dipetik dari : http://dzulkhairi.blogspot.com

Itu yang menakutkan. Allah membuat cabaran akan memanggil Zabaniah untuk berhadapan dengan orang-orang yang sombong. Zabaniah sebagai penjaga neraka yang bengis dan tidak pernah tersenyum setelah melihat penciptaan neraka ditugaskan untuk melayan orang-orang yang sombong.

Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.

Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.

“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.

Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”

Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.

Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.

Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.

Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”

“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.

Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.

Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.

Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.

“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”

Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”

Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.

“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.

“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”

“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.

“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”

« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »

« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.
Zabaniah tidak kenal erti kasih.

Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.

............................................

~Saat hati ini terbaca artikel ini, terasa diri ini benar-benar gerun untuk menghadapi seksaan di akhirat sana. Bila direnungkan kembali, apakah mungkin diri ku yang sehina ini bisa menghalang diri dr terjerumus ke lembah nafsu. Bimbang benar hati ini, andai dalam kalangan kita yang lantang melabel diri sebagai pejuang Islam selama ini, namun tewas menghadapi tarbiyyah hati dari Ilahi.

Teman-teman,

Rabb yang esa telah memberikan kita hanya satu hati, namun hati inilah yang paling sukar dijaga dan dipelihara. Saat ujian dan tarbiyah Ilahi mengetuk pintu hati ini, kita perlu berusaha dan bermujahadah semaksimum mungkin. Kadang-kadang terdetik jua di hati kecil yang kotor ini, salahkah kiranya diturut sahaja kehendak dan nafsu muda ini? Mengapa kita perlu berusaha sepenuhnya memelihara hati? Saya kira persoalan ini pasti mampu dijawab dengan lancar hanya dengan bicara kata namun, untuk merealisasikannya denga tindakan, hanya diri kita dan Allah yang tahu sejauh mana usaha dan kemampuan kita itu.

Saya hanya seorang muslimah yang lemah dan kini sedang berusaha memelihara hati ini. Hanya satu yang membimbangkan diri ini, andai para mujahid dan mujahidah yang berpotensi dalam lapangan perjuangan ini tiba2 tewas kepada nafsu dan hati masing2. Mungkin jua kerana terlalu berusaha memelihara hati dan diri ini dari menjadi fitnah dan kegagalan kepada perjuangan, menyebabkan diri ini digelar insan yang tidak berperasaan, terlalu tegas,kasar dan mungkin juga insan yang ego. Bagi diri yang kerdil ini, biarlah...

Tiada yang perlu dipertimbangkan dlm usaha menjaga diri dan hati. Salahkah? Jahatkah jika saya begini? Saya hanya mampu tersenyum saat memikirkan hal ini,kerana ini hanya antara seorang hamba dan Penciptanya... Yang pasti saya telah berjanji dengan si DIA bahawa hati dan diri ini hanya milik DIA dan perjuangan sahaja. Jadi, biarlah mulut mereka bising menilai diri ini, saya tetap saya dan mereka tetap mereka. Saya hanya seorang muslimah biasa yang tiada sebarang kelebihan dan kini hanya berusaha menyemai benih2 yang subur untuk saya tuai di sana nanti...ameen.

Konlusinya, JAGALAH HATI, JANGANLAH MENYALAH GUNAKAN TITTLE PERJUANGAN & MENCEMARKAN IMEJ ISLAM YG AGUNG INI.

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment