_ untukmu & untukku...MUSLIMAH_

Duhai PUTERIKU...
Keremajaanmu menyegarkan pandangan
Melimpahkan nyaman pada malam...
Cahaya keriangan di wajahmu adalah kilauan senjata yang menawan...

PUTERIKU...
Dengan apa yang kau miliki
Dengan keremajaanmu...
kau bisa menakluk seluruh dunia dalam lalai dan leka
Tanpa kau sedari...ia bisa memusnahkan dirimu...

Duhai PUTERIKU...
Balikkanlah cermin di hadapanmu buat seketika...
Palingkanlah wajahmu barang sejenak...
Berkatalah pada dirimu...
Kita bukan dilahirkan sebagai penggoda yang melekakan dunia!!!
Kecantikan,keayuan dan kejelitaanmu adalah fana belaka...
Balutan gemerlap permata dan intan hanyalah hiasan semata...
Dongak dan lihatlah kerdipan bintang di langit...

SEDARLAH PUTERIKU!!!!
Hidup kita ini hanya cebisan dari erti kehidupan...
Selamilah dasar hatimu yang mulus itu...dan bisikkan padanya...
Alangkah hinanya roh kita tanpa hiasan ukhrawi...
Berfikirlah untuk menjadi insan yang berguna...
Biar hadir kita membawa erti...
Agar seisi dunia bisa merasakan rahmat hadirmu itu...

Wahai Muslimah Sejati...
Salutilah tubuhmu dengan iman...
kerana ia sangat manis pada pandangan jua perhiasan...
Usah merasa resah lantas membuka ruang buat mereka yg tidak punyai hak atas dirimu...
Sesungguhnya kau ciptaan Ilahi yang indah...
Bersyukur dan berbahagialah dengan apa yg dimiliki...

Teman2ku....
Pasakkan keyakinan...
Allah Rabb kita...
Tiada pernah kita keseorangan...
Dialah peneman kerana DIALAH kekasih yang AGUNG....
Hidup dan mati kita hanya milikNya kerana DIA pemilik CINTA yang sebenar...


* Sekadar perkongsian dari penulis... Baru2 ini telah berlangsung Karnival Pendidikan bermuladari 4 hingga 6 MAC 2009 di tempat pengajianku... Alhamdulillah..semua berjalan lancar. Banyak aktiviti yang telah dijalankan, antaranya Karnival Bahasa Arab, Debat Kepenggunaan dan banyak lagi... Dalam banyak2 aktiviti tue, ada satu program khusus buat insan-insan yang bergelar perempuan,wanita,gadis dan seumpamanya... Nak tau tak apa yang menarik dalam slot tue??? Tajuknya, CINTA : Dilema Muslimah Masa Kini. Ku kira tajuk ini sesuai sangat untuk para pelajar terutamanya untuk kita yang sedang meningkat dewasa.. Ada sesi soal jawab, dan bagiku inilah peluang untuk bertanya kepada org yg lebih berpengalaman. Respon yg diberikan juga baik sekali...ye la,kalau cakap bab nie, memang ramai kan yang nak bagi respon masing2. Terus la kepada kesimpulan yg boleh ku ambil sepanjang hampir 2 jam mendengar... KEJARLAH CINTA ALLAH NESCAYA CINTA2 LAIN AKAN HADIR TEPAT PADA MASA & TEMPATNYA.. YANG TERAGUNG ADALAH CINTA ILAHI & RASULNYA, YANG UTAMA CINTA IBU BAPA & KELUARGA, YANG PENTING CINTA ILMU, YANG PERLU DIJAGA CINTA INSANI...
0 Responses

Post a Comment