.: 8 ditangkap, demo pembunuhan Muslim Selatan Thailand :.

Ampang 17 Julai 05:02pm | 8 orang mahasiswa telah ditahan dalam Demonstrasi Mahasiswa Membantah Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand lepas solat Jumaat tadi.

Menurut sumber, dimaklumkan Mohd Shafie Hashim dan Lee Song Yong antara 8 mahasiswa Universiti yang ditangkap polis ketika berdemontrasi berkenaan.

Dipercayai juga, penangkapan tersebut berpunca pertikaman lidah dengan beberapa pegawai polis di sini.

6 orang mahasiswa dibalai ke Balai Polis Sentul manakala 2 orang mahasiswi di bawa ke Balai Polis Dang Wangi bagi soal siasat.

Dua mahasiswa berkenaan ditangkap tanpa usul periksa semasa mereka sedang berehat setelah demonstrasi berkenaan bersurai.

Di maklumkan beberapa peguam yang mewakili mahasiswa dalam perjalanan ke sana untuk proses ikat jamin.

Ketua penyiasat kes ASP Aziz memberitahu bahawa kesemua mereka di tahan di bawah Seksyen 27 Akta Polis kerena menyertai perhimpunan haram.

Berlangsung atau tidak Forum Kesedaran Isu Pembunuhan Muslim Selatan Thailand yang dijadualkan berlangsung malam ini di Masjid ar-Rahman Universiti Malaya juga, tidak dapat dipastikan disebabkan insiden ini.

Mahasiswa beri 3 hari

Dalam pada itu, demonstrasi yang disertai oleh 200 mahasiswa dari beberapa font mahasiswa iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malaysia (DEMA) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (KAMI) telah menghantar memorandum kepada wakil konsulat kerajaan Thailand.

Jurucakap wakil mahasiswa berkenaan, Mohd Idris menyatakan mahasiswa masa 3 hari untuk kerajaan Thailand memberi respon terhadap isu yang berlaku di wilayah tersebut.

Selain itu, wakil yang menerima memorandum tersebut juga tidak mahu memperkenalkan diri.- mahasiswakini


- Sekadar pandangan peribadi daripada penulis,inilah rentak yang sedang melanda mahasiswa hari ini. Sekali melangkah ibarat membuka pintu kepada kemusnahan diri. Ah,inilah tohmahan insan-insan yang langsung tidak mempedulikan nasib ISLAM di akhir zaman ini. Sewajarnya,perhimpunan aman ini mendapat sokongan semua pihak termasuklah pihak polis yang selama ini berusaha menjaga keamanan dan hak-hak asasi kemanusiaan.

Dimanakah sensitiviti kita pada hari ini? Saat seluruh jiwa dan hidup saudara seagama kita direntap dan dibelengu dengan rantai kekejaman di Selatan Thailand. Tiada sebarang liputan media yang menyiarkan perkembangan dan isu-isu yang berlaku di negara jiran ini. Inikah yang dituntut Islam??? Dunia semakin keliru bila mana ada yang menguar-uarkan tentang persaudaraan dalam Islam,namun yang mengaplikasikan konsep ini hanya boleh dihitung dengan jari sahaja.

Paling mengecewakan bila mana ada tindakan atau usaha untuk menyedarkan dan membangunkan masyarakat hari ini dipandang negatif. Contohnya, apa yang berlaku hari ini, ini adalah satu penghinaan kepada umat Islam secara khususnya. Dengan ini,penulis menyeru kepada seluruh masyarakat umum dan mahasiswa khasnya untuk memandang isu Selatan Thailand ini sebagai isu yang berat. Janganlah hanya dipandang sebelah mata sahaja. Allah pernah merakamkan di dalam kitabNya, sesungguhnya setiap mukmin itu bersaudara. Dengan itu penulis ingin mengajak semua pembaca untuk bersama-sama merealisasikan perintah Allah swt ini. Waallahua'lam....

0 Responses

Post a Comment