.: Di manakah malumu? :.
"Bila sifat malu tidak berfungsi.Biasa kita mendengar,lelaki
diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga.Kalau kumbang suka kepada bunga,lelaki tentulah suka kepada wanita.Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik.Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki,baik di sekolah,di jalan-jalan raya,di pasar raya,di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot.




Apa keistimewaan wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki? Sememangnya wanita lain daripada lelaki,terdapat banyak
kelainannya.

Dalam sebuah hadis,Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
bersabda yang bermaksud:

"Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki,lalu Allah
kurniakan ke atas mereka sifat malu" (Hadis riwayat BaihaQi)



Wanita,apapun yang dilakukannya akan mendapat perhatian lelaki,Kalau dia berbuat baik,dia akan dikagumi,apabila buat jahat diminati, apabila dia memakai pakaian menutup aurat dilihat ayu dan menawan,apabila berpakaian seksi dilihat cantik, yang berjuang dilihat ganas dan ekstreme dan macam-macam lagilah yang menarik perhatian.



Oleh sebab itu Allah Subhanahu Wata'ala mengurniakan kepada wanita sifat malu.Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan.Kalau hendak buat jahat dia akan memikirkan kalau-kalau orang nampak,hendak dedahkan aurat dia takut orang mengganggunya,hendak berjalan seorang dia takut ada orang mengusiknya.


Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita.Tapi apa yang akan berlaku sekiranya yang berlaku sebaliknya??? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu.Pedulikan apa orang kata,pedulikan kalau orang tengok,tak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka rasa senang,seronok dan bahagia bila dalam keadaan begitu.

Dalam sebuah hadis riwayat Bukhari, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam pernah bersabda bermaksud :

"Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu"

Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan.Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji.Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat,malah neraca akal pun sudah mengakui sebagai suatu sifat yang perlu ada pada diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakkannya tidak malu atau kurang
malu.Sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat atau barangkali jika sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya.Kalau demikian,bererti tiada iman di dada mereka.

Jelasnya,mereka tidak takut kepada Allah,tidak gerun kepada neraka
Allah dan tidak cintakan syurga Allah.Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka.Ini tandanya mereka tiada iman.

Apabila tidak beriman,maka sifat malu yang sedia ada itu secara
automatik akan hilang.Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan,
buktinya boleh dilihat di mana-mana.Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan di hadapan mata kita sendiri berbagai ragam,kemungkaran berlaku,tidak terkecuali wanita.

Sayangnya,wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki
menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malunya tidak
berfungsi sepenuhnya. Percayalah,kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya,tentulah mereka akan berpakaian sopan,
berakhlak mulia,dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak.Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang menimpa kaum
wanita.

Junjungan kita pernah bersabda yang bermaksud:

"Setiap insan pasti membuat kesilapan dan sebaik-baik manusia yang
membuat kesilapan itu adalah mereka yang bertaubat"

Kesimpulannya, buat semua insane yang bergelar wanita, pagarilah dirimu dengan sifat malumu itu. Sesungguhnya terlalu besar peranannya dalam menjaga diri dan maruah kita bersama. Hargailah dirimu wahai wanita kerana diri kita begitu berharga.


Dapatkan CuteComment di SahabatMusleem.blogspot.


Jadilah mutiara yang tertanam jauh di dasar laut, jangan kau letakkan dirimu ibarat kulit siput yang hanya tersadai di tepian pantai, tiada nilainya… Sekadar renungan bersama, umumnya kepada semua dan khususnya buat insan-insan yang tercipta sebagai wanita. Semoga kita termasuk dalam golongan wanita dambaan syurga. Ameen… Allahu taala A’lam
0 Responses

Post a Comment