Sekadar perkongsian di malam hari.
Petang tadi,satu kejadian yang tragis telah berlaku di UM, kampus kesayanganku. Kejadian yang mengakibatkan kematian. Sepanjang pengamatan saya,ini merupakan kejadian ngeri yang kedua yang telah berlaku sepanjang saya menuntut di kampus induk ini. Kemalangan yang melibatkan mahasiswa dan bangunan. Jika sebelum ini,kejadian yang berkaitan dengan keselamatan selalu dikaitkan dengan pelajar luar kampus tetapi hari ini terbukti,di mana sekali pun kita berada,pasti ada bahaya di situ. Bagaimana untuk kita menjaga diri dan harta? Ini persoalan yang perlu dijawab oleh setiap individu.
Hati berdegup kencang saat saya mendapat khabar berita tentang kematian allahyarham Zulkhairi Azmi bin Md. Bukhari akibat terjatuh daripada bangunan setinggi 5 tingkat di Kolej Kediaman Raja Dr. Nazrin Shah. Terdetik dalam hati, benarlah ajal itu tidak mengenal usia. Dalam usia semuda 19 tahun tentu masih banyak yang ingin digapai oleh anak muda ini. Namun, kuasa Allah SWT siapa yang bisa menghalang.
Sekadar muhasabah bersama,hargailah setiap detik,saat dan ketika yang kita lalui dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Gunakanlah usia muda kita sebaik mungkin agar nanti,saat bertemu Allah SWT kita punya jawapan bagi segala soalan, kita punya hujah bagi segala amalan dan kita punya kunci untuk membuka pintu syurga. Andai esok Izrail datang kepada kita, apakah cukup persiapan kita?
** Ya Allah...diriku ini terlalu lemah...hina...bimbang benar hati ini,andai ajalku bertamu saat bekalanku masih belum mampu menjadi mahar syurgaMu.. takut benar diri ini andai langkahan juang ini terkandas di tangah jalan...bantulah diri ini..didiklah jiwa ini..tunjuki hambaMu ini ke jalan yang benar..jalan yang Engkau redhai...**

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Last but not least, buat teman-teman seperjuangan, ingatlah sesungguhnya KEJAYAAN kita merupakan KEBANGGAAN buat Islam tercinta tetapi KEGAGALAN kita merupakan FITNAH terbesar buat Islam kerana kita PEJUANG ISLAM!!!
SO,DO DA BEST AS WE CAN!!!
DONT WORRY BELIEVE THAT ALLAH ALWAYZ BY OUR SIDE..
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
GUD LUCK MY FRIENDS...CHAIYOK!!! (^_^)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Sanah hilwah ya abatie!!! Hepi besday yg ke-51...
11 April 1959 n 29 Mac 1959 x pernah luput dr ingatanku.
2 tarikh keramat yg telah mencatatkan sejarah kelahiran 2 insan tersayang dalam hidupku ini.
Anakanda doakan semoga rahmat Ilahi senantiasa mengiringimu dlm segenap urusan kehidupan abah. Mohon jutaan kemaafan atas segala salah silap puterimu ini. Syukran a'laa kullin..
Anta nuuri fi qalbie..
Anta habibi fi hayati..
Uhibukka jiddan ya abatie..(^_^)

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

aslmKm..
fuhh..
pristiwa yg bru ja blaku..
sAmpai ja depan pintu umah.,
then,, bla pntu dkuak..,
(http://afay5113.blogspot.com) ~
* we are really proud wif u dad!!!
Alhamdulillah...syukur Ya Allah, kerna masih mengizinkan hambaMu yang hina ini untuk terus mengorak langkah mengaharungi samudera kehidupan yang dari hari ke hari semakin besar gelombangnya...Salam dan selawat ke atas junjunganku yang tercinta.. Ya Rasulullah... rindu benar padamu wahai kekasih Allah. Izinkan aku terus menjadi mata rantai perjuanganmu yang suci ini.
Hari ini, hati ini terasa sepi sangat. Mungkin kerna rindu pada famili dan kampung halaman makin memuncak. Aduh,ikutkan hati,akan ku beli tiket lalu bermusafir pulang ke Utara tanah air demi melepaskan rindu. Namun,taklifan yang masih belum selesai ditambah tugasan akademik yang bertimbun..terpaksa ku lupakan hasrat di hati. Lalu,untuk menghilangkan rasa rindu, ku jengah ke blog adikku yang tercinta,farhan (paan) yang kini sedang menuntut di UIAM PJ. Dekat ja dengan UM ni. Tidak ku sangka, rajin jugak dia meng'update' blognya. Credits 4 him because his posts makes me cry for whole of day.
Post dia kali ni banyak sangat bab familiku yang tercinta... terbukti kami memang sedang merindui bumi hijau kuning. Syahdu benar, kaki ini benar-benar ingin pulang melihat parents yang tersayang n adik faiz n adik insyirah...
.: TARIKH KERAMAT : 29 MAC 1959 :.

Tarikh ini benar-benar penting buat aku dan adik2 tersayang. Our beloved mum's birthday. Pada tarikh keramat ini telah lahir seorang wanita yang ku kira tidak kenal erti perit jerih dalam membantu suami tercinta dan mendidik putera puteri tersayang. Hingga semalam,genap umurnya 51 tahun. Ya Allah, aku yakin sepanjang tempoh usianya,pasti wanita hebat ini telah banyak yang telah banyak berkorban bagi memastikan insan2 di sisinya sentiasa bahagia.
~Untukmu ibu ku nukilkan...~
Saat berjauhan...
Doaku padamu tidak pernah terhenti
Kasihmu terasa hangat mengalir setiap waktu
Gemersik nasihatmu tidak pernah kulupa
Kucupan panasmu di dahiku senantiasa ku rasakan
Saat rindu memuncak...
Terasa bagai dirimu di sisiku
Terasa ingin berlari memelukmu
Terasa diri ini sepi dan sunyi
Terasa jarak dan masa terlalu jauh untuk ku kejar
Saat hati berbicara...
Ku bersyukur dikurnia ibu semuliamu
Ku bersyukur dirimu mengasihiku lebih dari dirimu ibu
Ku bersyukur yg Esa menghadiahkan kebahagiaan dan rahmat buat kita
Ku bersyukur kerna Pemilik Cinta memberi CintaNya melalui dirimu ibu
* Ya Allah... aku mengasihi insan ini hanya keranaMU, hanya kerana redhaMu... Ku mohon dengan sangat agar Kau peliharalah dirinya dan cintailah dirinya kerana apa yang telah dia beri padaku dan adik2ku hanya Engkau yang bisa membalasnya...
* To my beloved mother... I LUV U so much.. Biar dunia tahu bahawa ku punya seorang Mak yang hebat... U r da best mother in dis world!!! Sori x dpt sambut tahun ni...
................................................********.............................................................
Kini, telah hampir 3 tahun 'mereka' bersamaku membina 'rumah idaman' kami. Rumah yang hanya bertiangkan perjuangan, berlantaikan kasih sayang, berbumbungkan kejujuran dan berdindingkan kesetiaan. Hingga kini rumah ini kukuh berdiri, walau terkadang ada badai yang sengaja mengetuk pintu rumah itu,tetapi kami tidak akan mengizinkan ia masuk walau seketika cuma. 'Mereka' dan aku sentiasa berusaha untuk menjaga rumah ini, kami warnai dindingnya dengan warna kehidupan yang realiti, kami semai benih-benih penghambaan di sekeliling rumah agar ia tumbuh menjadi perisai yang kukuh kepada rumah kami.
Aku dan 'mereka' hanya insan biasa yang terkadang mengundang hujan air mata menyapa ke bumbung rumah kami kerana kami diuji dengan kemarau yang berpanjangan. Ada saatnya,kami merelakan hujan itu turun kerana dari hujan itu kami perolehi kekuatan untuk terus berlari bersama.Apabila hujan itu berhenti, 'mereka' selalu memberi keyakinan padaku bahawa cahaya mentari yg muncul selepas renyai itu sangat indah dan sekali lagi aku percaya akan 'mereka'
Saat aku mencoret kisah ini,'mereka' masih bersamaku tetapi hanya aku sendirian dalam rumah ini,mereka keluar bersiap siaga demi perjuangan. 'Mereka' keluar menyahut seruan semboyan jihad itu. Aku tahu 'mereka' ada disisiku namun tidak kelihatan pada mataku dan suara serta tawa 'mereka' jelas kedengaran namun tidak pada telingaku.
Kenapa??? kerana 'mereka' dalam hatiku. Biarlah seja................uh mana 'mereka' berlari, tiada satu jarak pun bisa menjauhkan 'mereka' dari aku kerana 'mereka' sentiasa dalam doaku dan jiwa kami hanya satu.
Aku mula mengerti segala-galanya dicatur Ilahi hanya untukku dan 'mereka'. Bila aku sedari???
"Ketika Cinta Kami Bertasbih"
Ketika cinta kami bertasbih, aku jadi begini...
Ketika cinta kami bertasbih, aku rela membiarkan 'mereka' terus pecut berlari
Ketika cinta kami bertasbih, 'mereka' tidak pernah melepaskan tanganku
Ketika cinta kami bertasbih, aku redha menjadi sumber keceriaan buat 'mereka'
KERANA CINTA KAMI BERTASBIH HANYA DEMI PERJUANGAN...
Dengan 'mereka' aku lebih matang dalam menempuhi liku-liku pejuangan.
Dengan 'mereka' aku lebih dekat pada yang SATU
Dengan 'mereka' aku lupa kedukaan
Dengan 'mereka' aku terkadang luka
Dengan 'mereka' aku melakar kanvas hidup mudaku...
'Mereka' hanya ku gelar C*****12
'Mereka' hanya ku yang kenal
'Mereka' hanya ku pinjam dari Pemilik
'Mereka' hanya ku cinta demi perjuangan
'Mereka' hanya ku temui dalam wadah jihad ini
~'MEREKA' selamanya di hatiku~
Andai tuntutan dunia memisahkan 'mereka' dari aku ya ALLAH... KAU Maha Berkuasa, temukanlah kami dalam redhaMu di Istana JannahMu andai 'mereka' dan aku layak mendapatnya. Satukanlah kami dalam satu usroh yang bernaqibkan KekasihMu ya Rabbi... ameen.. Selamat Berjuang buat 'mereka'!!! Uhibbukum jamiiaan fillah...Doaku mengiringi larian kita bersama.
First of all,saya mohon kemaafan kerana telah berjaya membiarkan blog ini merindui bloggernya yang agak lama menyepi. Untuk makluman rakan-rakan yang sudi berkunjung ke blog ini, pemilik blog ini dlm proses menaik tarafkan blog tercinta ini. Buat masa sekarang, saya terpaksa memberikan fokus dan tumpuan dlm beberapa perkara yg lebih penting. So, wait 4 my new looking coming soon...
Sekian dahulu buat masa ini...bertemu kembali dlm laman yg lebih berinformasi.
- STUDENT POWER -

Dipetik dari : http://dzulkhairi.blogspot.com
Dalam neraka itu ada buah zaqqum. Buah yang berbau busuk dan loya, lebih meloyakan berbanding najis yang melimpahi mangkuk tandas.
Dalam neraka itu ada hidangan air bernanah. Seolah-olah nanah yang pecah setelah membesar, lalu dihirup dan dijilat dengan lidah. Itu hidangan ahli neraka.
“Adik-adikku, jauhilah kamu dari zina,” saya berpesan kepada adik-adik usrah saya kalangan muslimah. Mereka mendengar dengan tekun. “Sesungguhnya dihikayatkan dalam satu kisah, buah dada penzina perempuan akan digantung dengan tali neraka,” ada kalangan mereka mula menitiskan air mata.
Pernahkah kita membayangkan bahawa mata kita akan dicucuk dengan besi panas? Atau kuku kita dicabut satu-persatu. Atau kulit kita dilapah-lapah? “Maka adik-adik muslimin, jauhilah kamu dari zina. Sukakah jika kemaluan kamu dicucuk dengan jarum?”
Zabaniah tidak berhati petur. Ia tidak mengenal erti belas kasihan. Jika perlu, ia akan menarik lidah kita lalu dikelar dengan pisau tajam. Jika perlu, ia akan menusuk dubur kita dengan kayu berduri. Jika perlu, ia akan menusuk mata kita dengan jarum tajam.
Aduh, neraka itu tempat yang gelap gelita. Penghuninya berbau busuk sekali, loya dan meloyakan. Penuh dengan muntah dan kencing serta najis yang berlimpahan. Penuh dengan suasana yang trauma dan menakutkan.
Saya ingin melemparkan satu amaran kepada diri saya yang melakukan maksiat.
Sungguh, orang yang mengerti tentang Islam, namun jika ia keluar berdua-duaan dengan yang bukan muhrim atau kekasihnya, maka saya ingin bertanya. “Sanggupkah kamu melihat buah dada kekasih kamu digantung dengan tali neraka?”
“Atau sanggupkah kamu melihat kemaluan kekasih kamu dimasukkan jarum”.
Menangislah, Zabaniah tidak akan peduli.
Sentuhlah babi yang penuh dengan lumpur. Sesungguhnya nabi saw bersabda, menyentuh babi yang penuh lumpur lebih mulia daripada menyentuh kulit perempuan yang bukan muhrim.
Jika kamu ingin melihat salah seorang bakal penghuni neraka, lihatlah kepada orang yang selalu melayan nafsu kamu, keluar berdua-duaan dengan kamu, rela tangannya dipimpin kamu, rela badannya diusap-usap oleh kamu, rela menghabiskan masa dengan kamu, rela bibir dan pipinya dicium kamu, rela menunggang motor bersama kamu, lalu ia memeluk kamu dengan penuh erat. Itulah calon neraka.
“Ustaz, bagaimana ingin menimbulkan rasa benci kepada sikap itu? Suka keluar bersama pasangan, di waktu siang mahupun malam, bersama di atas motor dan kereta.”
Saya menjawab, “Bayangkan jika ibu kamu yang keluar bersama lelaki lain. Apakah kamu akan membenci ibu kamu?”
Ah, Zabaniah tidak peduli dengan raungan dan rintihan orang yang merayu. Zabaniah hanya mengenal erti ‘penyeksaan’.
“Anakku,” guru memangil saya satu ketika. Saya sedikit mendekatkan telinga saya ke bibirnya. “Janganlah kamu hanya menangisi dosa-dosa yang kamu lakukan. Tetapi fikirkanlah juga bagaimana cara menimbulkan benci kepada dosa. Orang yang hanya menangisi kesilapan akan mengulanginya semula. Orang yang menanam rasa benci tidak akan kembali,” saya mengangguk.
“Anakku,” guru masih ingin memberikan nasihat. “Pernahkah kamu merasa air kencing kamu?” saya terus menggeleng. Terasa gei menguasai diri. “Jika kamu ingin merasa air kencing kamu, lakukanlah maksiat. Kelak Zabaniah akan menghidangkan air kencing sebagai hidangan minuman kamu.”
“Anakku,” saya sudah tidak mampu menahan sebak. Sedih. Galau. Takut. Gerun. Semua bercampur-campur dalam hati yang satu. Kamu tahukah apa ibarat neraka itu?” saya menjawab tidak, dalam sebak.
“Umpama tangki tahi. Itulah ibarat neraka,”
« Anakku, jika kamu ingin selamat di akhirat, aku ingin memberikan satu petua. Jika kamu berjaya mengikut petua aku ini, engkau akan selamat, »
« Kamu perlekehkan nafsu kamu. Hina ia. Kamu perlekehkan kehendak dunia kamu. Hinakan ia. Namun ingatlah satu perkara. Semakin kamu memperlekehkan nafsu kamu, maka semakin kuat ia mengejar kamu,” pesan guru dan tiba-tiba kemudiannya guru ghaib.
Zabaniah tidak kenal erti kasih.
Saya berbisik dalam hati, “Tuhan, jauhkanlah Zabaniah daripada hamba-Mu yang penuh dengan maksiat ini,” lalu saya tersungkur di mihrab kerinduan.
~Saat hati ini terbaca artikel ini, terasa diri ini benar-benar gerun untuk menghadapi seksaan di akhirat sana. Bila direnungkan kembali, apakah mungkin diri ku yang sehina ini bisa menghalang diri dr terjerumus ke lembah nafsu. Bimbang benar hati ini, andai dalam kalangan kita yang lantang melabel diri sebagai pejuang Islam selama ini, namun tewas menghadapi tarbiyyah hati dari Ilahi.
Teman-teman,
Rabb yang esa telah memberikan kita hanya satu hati, namun hati inilah yang paling sukar dijaga dan dipelihara. Saat ujian dan tarbiyah Ilahi mengetuk pintu hati ini, kita perlu berusaha dan bermujahadah semaksimum mungkin. Kadang-kadang terdetik jua di hati kecil yang kotor ini, salahkah kiranya diturut sahaja kehendak dan nafsu muda ini? Mengapa kita perlu berusaha sepenuhnya memelihara hati? Saya kira persoalan ini pasti mampu dijawab dengan lancar hanya dengan bicara kata namun, untuk merealisasikannya denga tindakan, hanya diri kita dan Allah yang tahu sejauh mana usaha dan kemampuan kita itu.
Saya hanya seorang muslimah yang lemah dan kini sedang berusaha memelihara hati ini. Hanya satu yang membimbangkan diri ini, andai para mujahid dan mujahidah yang berpotensi dalam lapangan perjuangan ini tiba2 tewas kepada nafsu dan hati masing2. Mungkin jua kerana terlalu berusaha memelihara hati dan diri ini dari menjadi fitnah dan kegagalan kepada perjuangan, menyebabkan diri ini digelar insan yang tidak berperasaan, terlalu tegas,kasar dan mungkin juga insan yang ego. Bagi diri yang kerdil ini, biarlah...
Tiada yang perlu dipertimbangkan dlm usaha menjaga diri dan hati. Salahkah? Jahatkah jika saya begini? Saya hanya mampu tersenyum saat memikirkan hal ini,kerana ini hanya antara seorang hamba dan Penciptanya... Yang pasti saya telah berjanji dengan si DIA bahawa hati dan diri ini hanya milik DIA dan perjuangan sahaja. Jadi, biarlah mulut mereka bising menilai diri ini, saya tetap saya dan mereka tetap mereka. Saya hanya seorang muslimah biasa yang tiada sebarang kelebihan dan kini hanya berusaha menyemai benih2 yang subur untuk saya tuai di sana nanti...ameen.
Konlusinya, JAGALAH HATI, JANGANLAH MENYALAH GUNAKAN TITTLE PERJUANGAN & MENCEMARKAN IMEJ ISLAM YG AGUNG INI.

Assalamualaikum wbt...
Cepat betul masa berlalu, seingat saya, masa kecil dahulu...sayalah yang selalu menghantarnya ke TASKI di masjid dekat dengan rumah masa tu. Sekarang dah besar panjang pun, bahkan ramai pula yang cakap adik-adik saya ni macam abang saya. Aduh, terasa muda la pula. Apa-apa pun saya berbangga punyai adik-adik seperti mereka.
Buat adikku faiz...
Kejayaan tidak akan datang bergolek tanpa sebarang usaha. Jika 3 tahun lepas,kakak pernah di tempatmu, diikuti dengan abang dan kini tiba giliran faiz pula berjuang. Hanya satu pesan kakak, semakin dekat kita dengan tarikh peperiksaan, dekatkanlah diriMu dengan Pemilik Alam ini sedekat yang mungkin kerana hanya Dialah yang mengetahui segala apa yang akan berlaku kepada kita di masa hadapan. Akak teramat percaya dan yakin, Allah tidak akan pernah mensia-siakan usaha kita dalam melakukan sesuatu perkara.
Jadikanlah seminggu yang terakhir ini sebagai tempoh untuk faiz berusaha sebaik mungkin dan manfaatkanlah setiap waktu yang masih berbaki ini. Fokus dengan kejayaan. Pasak dalam diri, FAIZ BOLEH BERJAYA!!! Buktikan kepada semua, yang faiz boleh yang terbaik demi masa depan faiz nanti. Ingatlah adik, kejayaan itu tidak mustahil untuk dimiliki oleh setiap insan. Dunia akhir zaman ini memerlukan generasi Islam yang mampu ke hadapan. Akak sentiasa mendoakan agar adik-adik akak ini mampu menjadi harapan ummah di masa hadapan. Tuntutlah ilmu seikhlas mungkin, kerana ilmu itu nuur dan ianya tidak akan masuk ke dalam hati-hati yang dipenuhi dengan maksiat. Jauhilah setiap larangan Allah SWT. InsyaAllah...dirimu akan senantiasa diredhai.

Jangan lupa mohon ampun dengan mak,abah,cikgu-cikgu dan kawan-kawan, selagi mana ada insan yang terasa hati dengan kita, selagi itulah doa dan usaha kita akan terhijab dengan Allah. Mak dan abah lah insan yang paling bimbang memikirkan tentang diri kita. Sudah terlalu banyak yang mereka korbankan buat kita adik-beradik dan inilah masanya faiz nak membuktikan pada mak dan abah bahawa apa yang mereka berikan pada faiz tidak pernah disia-siakan.
Berusahalah dan berdoalah selalu, tanam tekad dalam hati untuk berjaya di dunia dan akhirat. Akhirnya. akak selalu mendoakan kejayaan buat adik-adik akak. So, janji pada diri untuk buat yang terbaik ya. Jangan hampakan harapan insan-insan yang kita sayang. Saat diri terasa malas, faiz kena ingat balik segala pengorbanan mak dan abah buat kita adik-beradik. InsyaAllah, kejayaan mengiringimu. Satu prinsip yang akak selalu pegang sewaktu nak menghadapi peperiksaan...
USAHA + AZAM + TAWAKKAL + DOA = KEJAYAAN FAIZ (^_~)
ASYIK TENGOK BUKU JE???
PENING NGAN EXAM???
JIWA TERASA SEPI???
NAK MENCARI KETENANGAN???

Salam perjuangan dan salam mahabbah kepada semua. Sekadar perkongsian bersama sahabat-sahabat di petang yang mendung ini. Seorang sahabat ana ada bermesej dengan ana dan memohon sedikit tashjie' daripada diri yang lemah ini. Saya akui, semenjak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan kita diuji. Almaklumlah,dalam fasa berlansungnya final exam ini berbagai-bagai macam bentuk ujian. Ada yang Allah SWT uji dengan kesihatan,keluarga,kewangan dan hati.Saya sendiri tidak dapat menafikan yang diri ini turut mengalami suasana yang sebegini.
Namun begitu, alhamdulillah...Allah masih memberi sedikit kekuatan buat diri saya untuk terus berdiri dan melangkah menghadapi segala mehnah yang diberikan ke atas diri saya ini. Cuma satu yang dapat saya kongsikan... Allah SWT pernah berfirman di dalam kitabNya:
BERDOALAH!!! Inilah harapan yang Allah SWT hadiahkan buat hamba-hambaNya agar kita yang lemah ini tidak berputus asa. Saya yakin, ramai yang akan berkata, 'dah doa la' ataupun 'dah larat nak doa still macam ni jugak' . Ini antara respon yang saya dapat kalau saya bercakap mengenai doa. Itulah silap kita, berdoa namun tiada keyakinan kepadaNya, macam manalah ALLAH nak maqbulkan. Jangan dipisahkan antara doa dan keyakinan dalam kehidupan ini. Keyakinan dan pengharapan perlu ada dalam setiap doa kita.
Cuba bayangkan andainya,dengan mudah kita mengaku kalah lalu berputus asa terhadap Allah dalam sesuatu perkara,dalam kata lainnya,bermaksud kita langsung tidak menghargai apa yang telah Allah hadiahkan kepada kita. Tidak kisahlah, seberat mana pun ujian yang melanda, kita seharusnya berusaha sebaik mungkin untuk mengahadapinya. Jangan sesekali kita melupai bahawa Allah itu senantiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya yang dhaif ini.
Renungkanlah sejenak, mungkin Allah berikan kita ujian ini kerana DIA hendak menghadiahkan sesuatu kepada kita. Apa hadiahnya??? Hanya hati kita saja yang tahu, inilah rahsia antara kita dengan ALLAH. Kita selalu merungut,kenapa mesti kita yang hadapi perkara ini? Kenapa kita yang diuji? Kenapa tidak orang lain? Jawapannya mudah, kerana Allah prihatin kepada kita. Dengan ujian ini kita akan lebih memahami kitaran kehidupan ini. Ada masanya kita senang, ada masanya kita susah. Itulah lumrah kehidupan. Biarlah beribu tribulasi yang melanda,dengan berbekal keazaman dan doa kepada ALLAH... InsyaAllah pasti segalanya dipermudahkan. Percayalah...Allah itu ada di sisi kita, DIA tidak pernah melupai hamba-hambanya.
Akhir kalam,wahai teman-temanku, usahlah bimbang atau risau, ALLAH mendengar rintihan dan luahan masalah mu. Mana mungkin DIA akan membiarkan kita setelah DIA menguji kita, pasti ada hikmahnya. Mohonlah ampunan dan bantuan dariNYA. Janganlah sesekali kita mengharap selain dariNYA... Saya akhiri penulisan kali ini dengan maksud hadis Qudsi riwayat Muslim: 4674
*ayuh kita renungkan....(^_^)
ALOR SETAR 8 Nov. - UMNO Kedah akan melancarkan kempen 'Barisan Nasional (BN) Menang Kedah Senang' bagi menyuntik semula semangat ahli-ahli parti untuk terus bekerja keras bagi menawan semula negeri itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ir. Nawawi Ahmad berkata, slogan itu dipilih setelah semua ketua bahagian dan cawangan mengadakan sesi perbincangan untuk memantapkan lagi jentera parti.
Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan melancarkan kempen tersebut pada Khamis depan di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan (Titi Serong).
"Slogan 'BN Menang Kedah Senang' ini dipilih untuk menggerakkan semangat dan tumpuan ahli-ahli BN bagi merampas semula negeri ini daripada tangan pembangkang," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Beliau berkata, hanya dengan kembali kepada BN, barulah pembangunan negeri ini dapat digerakkan semula dengan baik dan rakyat akan mendapat faedah daripadanya.
"Kita akan bergerak berdasarkan slogan ini dan kita akan terus bekerja keras untuk menawan semula negeri ini," jelasnya.
Jelasnya, pelbagai program sudah diatur untuk memastikan kempen ini berjaya dan mendapat sokongan rakyat.
*dipetik dari Utusan Malaysia Online*
.................................................................................................................
Sudah agak lama saya tidak melayari massa untuk mengikuti perkembangan semasa kerana kekangan tempoh peperiksaan yang masih lagi berlansung. Namun begitu, saya masih sempat menjenguk seketika ke laman-laman akhbar tempatan dan yang paling menarik perhatian saya ketika apabila terbaca salah satu artikel yang bertajuk BN Menang, KEDAH senang. Tidak saya duga di celah-celah kemelut yang melanda negeri Selangor, perbahasan Isu Baiah, persidangan tindakan tatatertib PAS, penangkapan Dr. MAZA dan lain-lain, masih lagi punyai ruang berita buat negeri kelahiran saya ini.
Pertama kali membaca artikel ini, saya termenung sendirian apabila memikirkan kondisi atau keadaan politik Malaysia yang semakin complicated. Entah la,setiap pihak hanya memikirkan kepentingan masing-masing dan yang menjadi mangsa keadaan ialah rakyat harmain. Barisan Nasional sibuk dengan 1 Malaysianya...PAS sibuk dengan ahli-ahlinya yang asyik mencipta masalah...PKR semakin kucar-kacir...MCA hilang arah tuju dan macam-macam lagi karenah politik negara hari ini. Rakyat sudah semakin muak denga suasana seperti ini. Pelbagai slogan diuar-uarkan, namun hasilnya di mana? Jawapannya, rakyat masih di tampuk yang sama, yang semakin hebat dan meletup ialah mereka yang terlibat sahaja.
Tulisan saya pada kali ini tidak bermaksud untuk menyebelahi mana-mana pihak. Saya selaku mahasiswa dan rakyat Malaysia yang punya kesedaran merasa bimbang, tambahan pula melihat suasana politik hari ini. Terlalu banyak penipuan, terlalu banyak propaganda, terlalu mendalam dendam yang terpendam antara satu sama lain. Sehinggakan institusi-institusi agama turut dikambing hitamkan. Para ulama' mula bertekak sesama mereka dan yang pasti rakyat tidak bodoh untuk terus dibelengu dengan sandiwara politik ini. Saya amat yakin dan percaya,ada pihak yang sedang melompat suka melihat keadaan ini.
Isu-isu yang dibangkitkan semenjak kebelakangan ini, saya kira hanya satu mainan politik kampung. Pemimpin-pemimpin negara asyik bertelagah dan media pula bertindak sebagai batu api yang langsung tidak dapat dihalang, bukannya pemudah cara,bahkan merekalah yang memburukkan lagi keadaan. Rakyat pula,hanya melihat dan menggeleng. Aduh! sesak dada saya bila melihat suasana ini. Hanya segelintir sahaja yang berusaha untuk memulihkan keadaan, yang lain hanya berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.
Kembali semula kepada slogan BN menang, KEDAH senang. Saya kira rakyat sudah bosan dengan slogan-slogan dan ideologi yang cuba dibawakan oleh mana-mana pihak sekalipun. Mana tidaknya, merancang memang hebat namun tiada perlaksanaan untuk rakyat. Politician hari ini perlu sedar, rakyat Malaysia hari ini, bukan seperti 50 tahun yang lepas. Begitu juga rakyat negeri Kedah yang kini semakin maju. Namun saya bimbang, kalau-kalau apa yang dinikmati rakyat Kedah hari ini bakal disabotaj untuk kepentingan politik semata-mata seperti mana yang berlaku di beberapa negeri lain.
Selaku warganegara yang prihatin,saya merasakan, kepimpinan di setiap peringkat, sama ada negeri atau negara sekalipun haruslah bertindak matang dan rasional. Mereka sewajarnya mencerminkan leadership yang adil dan telus tanpa terpengaruh dengan anasir-anasir lain. Jangan sesekali menjadikan politik sebagai gelanggang bergusti kerana akhirnya, kedua-dua pihak akan sama-sama sakit dan cedera walaupun ada pihak yang menang,namun pemenang juga berada dalam kondisi yang tenat. Kesannya, penyokong hanya bersorak ketika itu sahaja, selepas itu, mereka akan meninggalkan si pemenang yang keletihan dan cedera itu sendirian . Jadinya,kemenangan itu langsung tidak membawa sebarang perubahan kpd orang lain.
Pemimpin pada hari ini perlu memahami tugas sebenar mereka. Jawatan yang dipegang bukan satu kebanggaan namun satu tanggungan yang akan dipersoalkan. Alangkah amannya dunia ini sekiranya semua pemimpin negara kita mengambil iktibar daripada hadis Junjungan SAW kita ini :
َنْ اَبِي مَعْقِلْ بن يسار رضى الله عنه, قال سمعتُ رسول الله (ص) يقول :
مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً, يَمُوتُ يَومَ يَمُوتُ وَهُوَ غَاشٌّ لِرَعْيَتِهِ, اِلَا حَرَّمَ الله عليه الجنة.


